Friday, December 31, 2010

azan








bilal berucap bergetar mulutnya di hadapan mikrofon .
jari jemari siap siap memegang kaki mikrofon .
sambil mengelap air wudhu di celah celah telinga
tersenyum lihat pakcik jemaah minum kopi sembang sembang di bawah sana .

  • Allahu Akbar Allahu Akbar
  • Asyhadu alla ilaha illallah
  • Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah
  • Hayya 'alash sholah 
  • Hayya 'alash sholah
  • Hayya 'alal falah 
  • Hayya 'alal falah 
  • Allahu Akbar Allahu Akbar


terdengar curahan air paip memukul jubin lantai tempat ambil wudhuk .
kedengaran suara anak kecil gelak ketawa sambil ambil wudhuk .
bunyi guruh suram suram merayau rayau di sekitar awan .


hebatnya islam manisnya islam .


aku tak tau apa mungkin anak muda macam aku ni tidak merasa manisnya dan nikmatnya "azan" .


sedangkan kalau hidup seribu tahun lamanya pun
belum tentu engkau dapat rasa apa itu nikmat azan .
inikan pula hanif jamal yg baru hidup setahun jagung .


teringat masa zaman dulu .
zaman darjah empat , venue : sekolah agama .
menjadi bilal sekolah adalah salah satu dari produk "populariti" aku .
sebab jadi bilal , aku boleh jadi terkenal .
biasa la weh . darah muda , baru budak budak .
tergeletek sedikit jadi terkenal , mulalah menggatai nak jadi lagi femes .


tak pernah pula teringat nak buat kerja secara ikhlas


*time dulu dulu laa*


sekarang ? hanif jamal ?


entah .
tidak tahu .


dah lama tak melaungkan azan .
rasa jauh roh dan diri ini .
azam tahun baru aku adalah err ...


*apa ni tukar topik bagus macam tutttt*


aku nak jadi bilal !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
nak cuba laa apply kat mana mana masjid hahaha :D


last words ,
azan adalah fenomena luar biasa , kenapa manusia anggap itu adalah perkara biasa ?




chow dulu :D
ohh azan la . nak solat laa ...




*OHH ! AZAN DALAM CITE DRAMA ? CEH DAMN GILE*


btw , selamat tahun baru 2011
mantap tarikh hari ini
1.1.2011 




Thursday, December 30, 2010

konspirasi 2010 dan 2011 .







hijrah 2011 .


*2 post pasal tahun baru aww malunye*


lagi sekali bercerita tentang tahun 2011 .


tahun yg aku harapkan tahun paling mantap dalam hidup aku .
tahun yg aku harapkan boleh diharap untuk pegang hidup aku .
tahun yg aku mahukan hari harinya jadi hari istimewa dalam hidup aku .


hijrah 2011 ? kenapa orang asyik sambut tahun baru kafir ke ?
mana maal hijrah tahun islam ? kenapa nak bangga banggakan tahun kafir ?


halah munafik engkau . tak kisah la nak sambut tahun baru islam atau kafir .
sama juga . sudah jadi trend zaman berzaman .
u buat azam i buat azam , seminggu selepas awal tahun , u punya azam jadi sampah .


yang peliknya semua "marah" bila kita semua sambut tahun baru "kafir" ,
sepatutnya "trend azam" ni tiap tiap engkau buat .
tiap tiap hari engkau berazam .


kenapa mahu tunggu tahun baru baru bikin azam baru ?
munafik sangat ke nak tunggu setahun baru nak berubah ?


halah manusia ohh manusia .
geli hati melihat awak semua .


2010 ? apa yang menarik untuk akhir tahun ini ?


1. PMR ? ohh aku 5A 3B . puas ?




semua orang sibuk bertanya :
ehh hanep dapat berapa A ?
hebatnya hanep dapat 5A ? hebat tahniah !
ala okey la tu 3 subjek ke pon yg B , bagos hanep !
haneeeeepppp ! tahniah !


urghhh . macamlah aku ni dapat 8A , wish yg terlalu melebih lebih .
aku selalu anggap wish itu suatu sindiran , bukan yg tulus ikhlas .
maafkan aku :) 


suka hati aku la nak pikir apa apa pun .
terima kasih buat awak yg wish . tapi rasa malu jugak
orang semua semangat wish padahal 5A je pun macam budak 8A pula .
budak 7A pun tak la semeriah aku . malu kan kalau awak begini ?


2. malaysia menang dalam Piala Suzuki 2010 menentang Indonesia .








semua orang dah tau pasal ini . semua wanita pun dah minat bola pasal ini .
pasal hero malaya kita , Khairul Fahmi atau apex (panggilan manja awek die)
apa apa pun kau main mantap la , apex ! bagos .
timbul pasal isu laser , ini satu lagi masalah bangsat .
semua pakat pakat : woit ! penyokong negara dgahgdha itu yg buat !
satu lagi berpakat : woit mana ada penyokong negara engkau la !!


semua bodoh . semua bangsat semua bangang . 
yang gelak ketawa tengok korang bergaduh tu .. tu.. yg suluh laser tu
kesian , org yg sulu laser itu sepatutnya kita hentam .
hadoi sebab laser pasar malam RM3.20 pon mahu jadi isu .
macam ini manusia matang ? balik rumah baca buku sejarah .


malaysia memang baik bagus sedikit .
tapi yang perlawanan kedua ni , kenapa awak semua main defensive je ?
kenapa awak semua tak attack ? 


ohh . mentang mentang dah cilok tiga gol kat Bukil Jalil , 
jadi relaks jela ? hadoi mana bisa . kasi tunjuk sikit taring harimau .
takpa la . dah menang nak buat macam mana kan ?
bagus la sebab buat kakak aku yg dulu benci bola sekarang minat bola


*semua sebab lelaki , bukan minat bola*


good ending for this year .
semoga tahun depan lagi banyak lagi "happy ending" .


go malaysia go malaysia !








*short post for today*

Tuesday, December 21, 2010

*aiman hensem*







tidak perlu ketawa kecil .
tidak perlu ketawa sumbang
tidak perlu tergelak melihat gambar pelik *terutama yg ketiga tu*
tidak perlu kata apa apa


*senyum tawar*


ya awak semua benar !
aku adalah anak ketiga dari zuriat Pak Jamal .
dan aku ada 2 orang adik .


first entry aku pasal adik aku yg bongsu aku sudah karangkan
kalau mahu lihat : tekan ini segera .

tapi untuk kali ini kita berbicara tentang adik jantan ini pula .



orang selalu panggil dia aiman . ada yang panggil dia izat .
nama benar dia mohd zat aiman . tapi takda pon org panggil dia mohd :)




orang cakap dia masa kecil comel gila tahap level 300
orang cakap dia masa kecil cute gila tahap level 500
orang cakap juga bila dah masa dah tidak comel turun level


*hanif jamaluddin cakap anep lagi comel masa kecil level 700*


apa yang menarik pasal mamat jantan ini ?

teringat masa zaman dia kecik kecik , aku masih ingat lagi .
lepas je mak aku ambil kain dari "bakul kain" (ala yang ada lubang2 tu)
dia terus ambil bakul kain tu , letakkan bakul tu atas sofa .
haaaa dia pon mulakan rentak permainan dia .


*jadikan bakul itu sebagai stering kereta*


mak aku pelik : ehh aiman , apa kena dgn kau ni ?
aiman : aiman nak jadi lori angkat sampah tu . jadi drebar .


aku tersenyum dan tertawa . jangan pikir kerja itu hina .
sedikit pun tidak . malah kerja halal lagi .
aku pelik mengapa adik aku boleh berpikir sampai ketahap itu .


apa lagi ?
ohh yaa . baru baru ini dia baru lepas kena POTONG (sunat laa)
masyaAllah Ya Rabbi Ya Karim Allah Maha Kuasa sahaja yang tau penderitaan aku .


*kenapa ?"


macam PUTERA RAJA SI IZAT AIMAN INI !


abang tolong ambilkan tisu berdarah ini
abang tolongkan ambilkan air haus laa nak minum
abang nak kencing tolong angkat kejap
abang nak berak laa tolong teman *ni yang aku bengang ni*


setan di sebelah aku ini selalu suruh aku timbulkan rasa bengang
terhadap jantan ini . apa boleh bikin ? hanya diam dan buat .
dan apa yang menariknya lagi ? iyaa si aiman ini memang akan jadi mangsa aku .


*mangsa konspirasi pencilok air sejuk peti ais*


tak paham ?
meh aku tulis capslock :


SI AIMAN NI MEMANG SUKA SIMPAN AIR TEH SEJUK DALAM PETI AIS SIMPAN LAMA LAMA . PAHAM PAHAM JELAA AKU YANG HENSEM DAN BERWAWASAN INI AKAN SELALU MINUM SIKIT SIKIT DARI AIR TEH YANG DIA SIMPAN TU .


yang menariknya dia bukan je simpan air teh ke ape ke , kadang kadang dia beli burger hari esok baru dia nak makan . alasan die ?


AIMAN NAK LAMBAT MERASAI KENIKMATAN BURGER SORANG SORANG . BIAR LAMBAT ASAL SEDAP .


qoute jahanam bikin sakit hati bikin hati basah hahahaha .
tapi bila tiba dia bangkit tidur , selalunya dia pasti akan menjeling ke arah aku .
sebab aku dah tibai burger dia sikit sikit .


*nampak macam keluarga bahagia kan ?"


bagi aku , bukan senang mahu ada adik .
bukan senang mahu rasa nikmat seorang adik .
sapa sapa yang ada adik , aku nak anda tahu :


adik adalah "wang ringgit" kita yang terhebat .
peliharalah ia :)


*OHH SEBIJIK MACAM IKLAN YANG KAT NASI LEMAK KOPI OO TU*
*kita cuma ada satu alam ... peliharalah ia*






*aiman memang hensem macam abang dia*


konspirasi dunia hari ini .







masih kenal lagi Saidina Abu Bakar ?
pernah lihat keluhan beliau ini ?


alangkah baiknya andainya aku ini hanyalah sehelai bulu roma yang tumbuh menumpang pada tubuh orang muqmin .




awak nampak kan ? 
awak boleh rasa kan ?
awak boleh ambil iktibar kan ?


kalaulah kita semua ini tau betapa bangsatnya dunia ini ,
kalaulah kita semua ini tau betapa jahatnya dunia ini ,
kalaulah kita semua ini tau betapa liciknya dunia ini .


*memang konspirasi kejahatan tidak akan pernah wujud*


ohh yaa . manusia memang kuat bermegah .
manusia memang senang bermegah
manusia memang kuat menipu
manusia memang senang menurut hawa nafsu
lagi lagi jika pendamping awak *setan* sentiasa jadi teman awak .


aku pernah terpikir macam apa yang sahabat Nabi itu pernah terpikir .
aku lihat burung . 
hye burung .
burung pergi keluar mencari makan dengan senang hati 
burung pergi keluar mengawan cari pasangan dengan senang hati
mati pun juga senang hati .


*senang hati tanpa tanggungjawab*
*senang hati tanpa memikirkan nasib syurga dan neraka*
*senang hati tanpa pikir apa apa*


alangkah baiknya jika aku menjadi seekor burung ?
tak perlulah aku menghadapi konspirasi dunia yg penuh dgn bangsat .
lagi lagi aku hidup dalam dunia akhir zaman .


tak perlulah aku nak tunggu result PMR dengan wajah yang tawar .
terpaksa berhadapan dengan teman teman bangsat 


terpaksa berpura pura baik di hadapan penjahat dunia .
di hadapan kawan kawan yang BANGSAT


*ehh jangan terasa . awak memang kawan saya . saya cakap kawan yg ITU bukan awak tau jangan risau saya sayang awak*


kembali ke aliran topik .
ehh hanep , awak mahu jadi binatang ?




ohh tidak sama sekali . aku bangga jadi anak manusia .
bertambah bangga lagi aku jadi anak Jamaluddin .
tak kisah burung itu hidup senang lenang ,
mengawan pon senang lenang .


kata orang :
setiap sesuatu yang terlihat sempurna itu , sebenarnya ada yang tidak sempurna di dalam sesuatu itu .


hidup burung memang dalam ketakutan .
takut dengan apa ?


pemburu .
pemangsa .
bencana alam .


manusia ?
mengapa harus takut ?
kita ada keluarga . 
kita ada rumah .
kita ada kerajaan .
kita ada semua .


yang pastinya kita ada Tuhan .




*senyum manis*


kita boleh keluar rumah bila bila masa
burung ada kalanya dipaksa dikurung 
kadang kadang kalau tuannya lupa nak bagi makan
memang sengsara hidup seekor burung .




last words : berbanggalah kerana awak adalah manusia :)







assalamualaikum 2011 .

ehh apahal horoskop ni bahahaha sori sori aku nak cari gambar 2010 tapi tak jumpa apa benda entah horoskop bahahahahahahahahaahahha .






belakang rumah aku .
depan rumah aku .
padang 2 kilometer jauh dari rumah aku .
court badminton carsem .
bangunan batu jj (ceh tengok pawagam aww)


aku habiskan cuti sekolah aku dengan tempat tempat bosan macam itu .
apa boleh buat ? duit takda transpot lagi laa sponsor pon payah nak cari ?


tiap tiap pagi mee goreng + ayam atas dalam polisterin .
campur dengan air teh tarik sejuk dalam plastik air yg sarat dengan kondensasi air yang banyak sampai kadang kadang membasahkan bekas polisterin .


orang sembang jangan pakai polisterin .
nanti mati laa . 
ada yang sembang ada kanser laa . 


arghh bangsat semua itu . peduli apa aku .
duit aku hak aku pergi mampus anda laa .
kalau Tuhan kata KUNFAYAKUN , sekarang juga aku bisa mati .


sekilas pandang , kini kertas kalendar aku makin menipis .


kalendar dapur
kalendar bilik aku
kalendar bilik air *ini aku tipu bodoh dalam bilir air ada kalendar*
kalendar bilik mama papa .
kalendar rumah jiran 


*sebab dia sangkut kalendar dekat pintu depan senang aku nampak heee*


memandang kalendar dengan penuh hampa .
masuk satu ruangan bilik otak yang sarat dengan memori bersawang 2010 .


urghh . 
manis pahit masin kelat busuk wangi semerbak sume ada .


semua memori mula mengorat langkah bermain main aci duduk dalam pikiran aku . mahu dihalau nanti jadi gila . mahu ditegur nanti tersinggung .


biarkan sahaja la . ahh kenangan bangsat dah datang .


kenangan masa aku semangat melayan cinta monyet aku .
korbankan duit demi cinta monyet aku .
sanggup korban masa demi cinta monyet aku
sampai tidur tak lena mimpi tak basah .


*MIMPI TAK BASAH ? BAHAHAHAHA BODOH*




jujur aku memang mahu jujur .
2010 tahun aku bikin sampah saban hari .
buang masa untuk perkara perkara sampah saban hari .
kalau setakat sembahyang lima waktu , hebat puasa satu bulan .
kalau kalam Tuhan pon engkau baca dua tiga ayat .
baik tidak payah .


heh . hanif jamaluddin baru nak insaf lepas tengok al-Quran berhabuk .
damn kan ? 1 tahun tanpa al-Quran ? bodoh sangat .


*cukup*


assalamualaikum 2011 .


ohh no tidak mungkin !
trend zaman sekarang anak muda macam aku 15 tahun ini semua tengah cuak tunggu slip keputusan PMR ada dalam genggaman mereka .


aku malas mahu pikir panjang .
pak cik Jamaluddin gantung harapan tinggi sangat ,
sumpah aku tak sampai walaupun aku tinggi :(
sekadar redha dan diam sahaja
insyaAllah "tali Allah" sampai kepada aku .


tengok member member yang pandai itu cuak cuak ,
aku yang satu juta kali tidak pandai berbanding mereka ,
lagilah sejuta kali cuak berbanding mereka .


semoga dua ribu sebelas ini tahun berisi aku .
semoga dua ribu sebelah ini tahun keramat aku .


amin amin yaraballalamin :)


2011 lambat lagi bang oii ... awat hang kelam sangat sembang awal ?
errr .. nanti time countdown new year aku takpayah la menghadap PC
apahal plak ? time tu laa kita nak enjoy menjoy . hang ni betoi laa
hang laa bendoi . selalunya 2-3 jam sebelum countdown , internet memang slow tahap 345 level tau ? orang banyak pakai .
ohh ya ka ? mana aku tau heee
memang laa hang tak tau sebab hang takda komputer .
aku ada laptop laa bendoi
memang laa tapi laptop hang takda server internet bahahahaha
woooooooooooooooooooooo


*gila lama gila aku tak update*


HYE AWAK SEMUA .


*ada tiga perkataan bodoh dalam post ini*


HADOI APA MAHU JADI HANIF JAMALUDDIN !!