Tuesday, November 16, 2010

selamat menyambut hari raya aidiladha .

izinkan aku menukar sistem tangan lidah aku .
err . maksud aku . ini adalah post serius .


tidak ada main main . depends laa .
apa aku tulis ni tak paham laa ?


*huruf huruf di atas adalah hasil merepek aku*


lupekan .


ohh yaa . hari ini adalah HARI RAYA AIDILADHA
saat ini sudah larut malam . malam yang sungguh larut . dan aku masih tak dapat tidur . 


macam tahun tahun yang lepas . 
hari raya aidiladha memang tak semeriah hari raya aidilfitri .


macam ada je manusia yang bagi kad raya aidiladha kat kengkawan ? 
ada ka ? 


macam ada je orang letak gambar ucapan aidiladha dan tag member ? 
ade ke ? 


macam ade je orang semangat BAGI DUET RAYA . 
ade ke ?


tidak ada . gerenti aku pasti yakin boleh . 
kan bagus jika raya aidilfitri kita sambut sederhana . kan ?

ohh tak boleh tak boleh bagi aku . sori aku sembang banyak HAHAHAHA


bila cakap pasal aidiladha teringat surau depan rumah . 
sembang pasal aidiladha teringat lagi kat lembu korban .
sembang pasal aidiladha teringat dekat sembahyang raya



*itu contoh sembang anak anak muda*
kalau bapak bapak muda aku tak tau lantak diorang laah .


tapi ada ke yang sembang pasal pengorbanan ?
kata hari raya KORBAN . namanya pon KORBAN .
mestilah hal hal berkaitan dengan pengorbanan .


yaa . aku tidak mau menjadi ustaz pencerita kisah para nabi di malam hari ini .
kalau cakap pasal hari aidiladha mesti ada link : NABI IBRAHIM dan NABI ISMAIL


*tutup kisah ini*


sembang mengenai pengorbanan . yaa itulah pengorbanan .
banyak yang tak ambil iktibar dari kisah pengorbanan nabi ibrahim .


sanggup "mengorbankan" anaknya utk Tuhan yang Maha Kuasa 
HAHAHA . last last anaknya dapat diselamatkan .
haisyh apahal aku nak sembang balik cite ni bukan korang sepatotnya dah tau ke ?


okey . ummm . jangan risau . bapak aku ade cakap :
pengorbanan adalah sesuatu yang unik .
lakukannya . buat itu dengan rasa hebat .


sebab produk pengorbanan itu adalah positif .
kita akan dapat reward yang positif jika kita berkorban .


kene ingat . berkorban utk perkara positif .
keputusannya juga akan positif .


positif positif positif .


wallahualam aku sendiri tak pernah berkorban utk perkara yang besar besar .
hebat ganjaran buat mereka yang berkorban utk bende2 yang gigantic .


*aku sendiri masih lemah*


konklusinya .
sama samalah berkorban . untuk dapat positif stuff .


salam aidiladha .




*maaf post kali ini agak bosan*
kalau ajak pak cik pak cik dioranglah minat laa kot






hahahahahahahahahahahhahahahaha






Monday, November 15, 2010

pantun abang gatai .

situasi : bilik stor SPBT
tarikh  : 15 november 2010



abang hensem koyakkan buku teks 
koyakkan buku smpai tak sedar sedar
penat hari ini menyusun buku teks
penat sangat smpai peluh basah pon tak sedar



penat susun buku smpai kaki kejang
pahala punya pasal kami rela sanggup laa
adik form 1 form 2 beratur panjang 
arghh semuanya buku teks punya pasal laa


sibuk menyusun tiba tiba i terpegun
kelibat wanita bertudung bergelak ketawa
die jalan gaya comel comel anggun
bikin hati i cair tak terkira waaaa


syaitan nafsu menggoda i pula
menggoda i sampai i tak sedar sedar
i mengintai dia dia terus tersedar
i pandang buku , dia pandang aku pula


(apahal tiba tiba aku pulak ?)


*bantai je*


syaitan kata hanep control macho 
aku angkat buku dengan megahnya
kawal nafsu kawal macho
itulah hanep saat bertemu bunga hatinya 


dah habis kerja aku gigit kuku
tak puas gigit aku cari kutu
aku sempat tanya larat ke angkat buku
dia senyum aku tau die suke laa tu


aku gumbira lompat2 gigit kuku
tiba tiba aku rase pelik  tersentak
iman aku menegur aku
jangan layan nafsu kepala hotak


*pause*


*minum air*


*kentut*


okey bergerak menuju papan kekunci .
arghhh . otak tidak berjalan .




*menekan PUBLISH POST*







Saturday, November 13, 2010

sori post ini memang agak gedik .

*sori gambar tak senonoh ape ni mcm mabuk je*



semalam memang boring sikit . sikit je tak banyak .
dah laa aku tengok highlight Malaysia vs China pon lg aku menyampah .
hebat benar pengadil Australia uh mengadili perlawanan semalam .
memang nampak sangat berat sebelah .


tapi bukan itu yg ingin aku tulis .
semalam aku jujur memang tangan aku gatai sangat sangat semalam .
mula mula aku search kat google : pengadil tak bertauliah .
lepas 2 minit aku search tulis lagi : kuasa Allah
da puas aku tulis benda lain pula  : cara cara mengorat wanita .


HAHAHAHAHA . sori saat ini sememangnya otak hati mata sendi sendi aku memang gatai gilaa .


tapi aku ade jumpa satu qoute yang banyak orang gunakan tapi bagi aku terselit satu kesalahan yang mungkin aku je yang nampak atau maybe firasat aku je kot ?


BERKAWAN BIAR 1000 BERKASIH BIAR 1 

okey . ummm . aku tiba tiba jadi bengong tak tau mana nak mulakan dulu .
hmmm . okey . *tarik nafas* *hembus nafas* seterusnya . seterusnya .


qoute diatas nampak macam tak ikhlas je kan ?
takda laa kan . qoute cakap : BERKAWAN BIAR 1000
err .. habis itu . berkasih kena satu jugak ?
kenapa ? dalam "FRIENDSHIP" takda perasaan KASIH ke ?


jika benarlah dalam persahabatan takda perasaan KASIH ,
dan anda hanyalah berkasih dengan SATU sahaja .


itu bermakna tiada gunanya anda megah dan famous di sekolah .
anda ada ramai kawan di sekolah . mungkin member jiran anda .
tak campur lagi dengan kawan kawan di facebook anda .
tak campur lagi dengan kawan kawan sedara sepupu sepapat anda 
tak campur lagi dengan kawan kawan dari negeri lain .


semuanya tak berguna kalau anda : BERKASIH BIAR SATU 
maybe sekadar berkawan tanpa perasaan kasih .
macam tu laa kot maksudnya hahahahaha aku tak pasti okey aku tipu je ye memang aku pasti .


yes yaaa benar aku memang tau yang 



BERKASIH BIAR SATU = ditujukan untuk ehemm ehemmm *sakit tekak*
BERKAWAN BIAR 1000 = untuk member member sahabat handai .

tapi dalam hal ini , kenapa "berkawan" tidak layak mendapat gelaran kasih ?
takkan laa korang berkawan dengan member member anda semua tanpa ada rasa kasih sayang ?

kawan je macam tunggul batu . kawan je mcm diorang tu kayu .

"saya sayang kawan-kawan saya"
"i love my friends"

aku baru check kat dictionary online , friend bermaksud :
( sebenarnya ada 5 option tapi aku copy satu je )

a person attached to another by feelings of affection orpersonal regard.

sayang itu feeling jugak tu kan ?
tapi tulaa masalahnya . 

bila si jantan sayangkan member member jantannya 
orang cakap : wooooo hanep gay .. woooooo 

bila si perempuan terlebih "show off" kasih sayangnya terhadap kawan perempuannya yang lain , orang pun start membuka mulut :
woooooo anep lesbian wooo ehh bodoh ke name aku plak err wooo aminah lesbo oooo aminah .

*aminah diatas adalah contoh nama*

itulah mindset anak anak muda zaman ini .
aku juga pernah ada mindset sebegitu dan aku berharap aku boleh flush feeling itu jauh jauh dari otak aku .

itu yang susahnye . kalau kita ada friendship dengan differents sex lagi laa orang dok cakap cakap , ehh anep tu kapel dengan ehemmm ehemm ke huisyhhh tak sepadan laa anep tinggi die uh pendek awwww

bodoh kan ? habis tu nak berkawan dengan sapa ?
tunggu aku berkawan bercakap dengan meja 
tunggu aku bersembang dengan tangan kaki aku
tunggu aku gossip gossip dengan pak cik guard ngan mak cik cendol

baru manusia boleh tutup mulut ?

*okey secara jujurnya post ini memang gedik* 

dan apa kata kalau kita tukar qoute itu jadi :

FRIENDSHIP IS LOVE and LOVE is FRIENDSHIP

tak susah kan ?


=====
"penat aku menulis benda benda ni"
"hahhahaah hanep gedik woooooo gatai pompuan je tulis benda benda ni"
"aku ni peramah orangnya . tak salah kalau aku tulis benda ni"
"kau ni mcm pompuan laa anep hahahahaha"
"hinalah makhluk hensem mcm aku ni aku tak kesah"
wooooooooooooooooooooo
"lelaki memang ego tinggi . cubalah gentleman sikit , boleh ?"
"woooooooooooooooo"


*okey cukup dialog sembang sorang sorang*






Thursday, November 11, 2010

aku nampak aneh bila aku speaking LONDON .

malas nak main kata-kata . 
malas nak main konspirasi .


okey lah . untuk kali ini dan untuk saat ini aku jujur .
aku memang nampak aneh dan kelihatan bodoh ketika berbahasa inggeris .
aku sendiri tak tau kenapa .


kalau atas kertas putih . memang aku juara johan jayanya aku .
hebat menulis . hebat menaip . hebat benar 




tapi kalau disuruh speaking depan depan para manusia .
aku jamin belum tentu aku boleh speaking well .
silap silap aku boleh jadi macam  .. macam .. ade macam ape ntah aku 
dah lupe dah memang ada macam sape entah lantak laa .


kadang kadang aku memang rasa malu .
awak dah hidup 15 tahun kat dunia dan masih tergagap untuk keluarkan kata kata "international" itu ?


pelik kan kes aku ni ?
terlihat kebodohan dan dungu kan ?
bukanlah tak pandai sampai memang sudah tidak boleh langsung cakap
tapi aku rasa macam lain macam bila speaking english .
entah laa . 


*okey aku tau apa yang terlintas di kotak fikiran masing masing*
*aku benarkan semua sekali boleh pikir yang kurang elok tentang aku*


sebab aku nampak abnormal sangat . i don't know why .


silakan :) shit fuck you man .




malunya . kalau ade pelancong mat salleh datang Malaysia 
jadikan rumah anda sebagai homestay .
dan anda adalah tourist guide nya ?


macam mana anda mau settle kan mat salleh itu ?
tapi bila aku pikir pikir balik kan .
rasa bangga pulak . entah dari sudut mane entah rasa bangga itu datang .
aku pon tak pasti . takpa lupekan .




kesimpulannya : tak kisah kalau kita tidak fasih berbicara bahasa apa sekalipun tidak kira bahasa "penjajah" atau bahasa hdjkahdjahdkahdjahda tak kisah laa apa2 pun .


asalkan bahasa tanah tumpah darah kita , jangan dilupakan :)


*okey saya cikgu sivik sementara kat sini awww*


tapi aku rasa pelik bila aku menulis tentang :


mat salleh . homestay . pelancong




ohh baru aku perasan . EHH BODOH KE ? 
KENAPA AKU BOLEH TERPIKIR RUMAH AKU BOLEH JADI HOMESTAY PULAK ?
BETOL BETOL HOLLY YEOH LAA HANEP OOII ..


TAK BETOI RUMAH SENDIRI NAK DIBUAT HOMESTAY !!




sori . lupekan kes diatas .
aku menaip keyboard dengan rasa mata yang berat .


*maklumlah . warga senior dah 15 tahun dah*




hahaha !







Friday, November 5, 2010

manusia bangsat *senyum*

pagi pagi lagi aku manusia yang pertama buka mata .
dah selesai urus diri dengan cara sendiri .
aku keluar rumah awal sambil cari kasut sukan yang dah berhabuk .


haa betul pun pandai awak semua . hari ini aku semangat nak pegi jog .
takda laa jauh mana cuma dekat dengan padang Taman Lagenda yang
ada yang banyak anjing main main kat situ tu . 


pastu ada banyak cina cina bikin tai chi tepi tepi padang tu ?
haram J betol aku sembang pon macam ada yang tau je tempat ini .



memang seronok jog di awal pagi pagi . 
angin okey . sejuk tu memang laa . angin sepoi sepoi memang kene laa kalau nak feeling awek sorang sorang . kan ?


hasrat di hati mencari-cari kalau ada pemandangan yang lebih enak .
maksud aku err .. err .. err .. err yang itulah :)


namun sayang sekali hampeh benar laaa .
yang datang berjogging hari itu pun
makhluk makhluk yang dah dapat pingat warga emas dah pun .
banyak mak cik pak cik cina semangat jog sambil sembang cina 
yang aku sendiri langsung tak paham . 


*cuma aku ada dengar a few sounds macam "ohhh .. hahaha .. ummm"*
itu pun tarak boleh pakai sebab aku pon tak paham sebenarnya .




mana anak muda ini ? haisyh tension aku :) *poyo kan ?*


dengan rasa kecewa yang penuh melekat di dada .
aku dengan bangganya mengakhiri zaman jog aku pada hari tu 
dengan jog menuju ke rumah melalui salah satu taman ini .


lorong lenggang . full of shit . shit of dogs . 
aku sempat terlompat lompat nak mengelak shit shit yang bertaburan .
kadang kadang bau bau "kek" tersebut masuk tanpa diundang dalam lubang hidung aku . aku cuma merelakan dan mengalah :)


sampai satu lorong . sampailah aku terselisih dengan satu rumah ini .
aku dengar bunyi anjing menyalak . aku tak pasti anjing tu menyalak
sebab kehadiran aku atau menyalak untuk perkara lain .


aku memang rasa yang anjing itu menyalak kesakitan .
benar sekali .




*diam*




anjing itu disakiti . dipukul . dihempap . diseksa oleh seorang makhluk Allah yang kononnya "KHALIFAH" bumi Allah .


aku tak pasti siapa manusia itu . bangsa manakah dia namun bukan itu yang aku perkirakan .


anjing itu memang kesakitan waktu itu .
aku memang tak boleh tengok lama lama sebab manusia sang pemukul itu
seperti memang tidak suka kehadiran tetamu dalam waktu macam itu .


aku berlalu dengan perasaan sedih .
rupa rupanya masih ada lagi manusia bangsat hidup dalam dunia ini .


untuk apa hidup ?
sekadar untuk membikin dosa dosa dosa terhadap binatang ?



tidak mau bicara panjang panjang .
biar Tuhan yang menghukum si pemukul itu .




*aku jaga kubur aku . dia jaga kubur dia*


masalah settle . aku balik dari jog je teros perot memulas .
maksudnya memang aku kene breakfast laa kan ?




====
apasal kau tak tolong anjing tu ?
aku takut laa . muke pemukul uh macam jantan . sebenarnye dia mak cik je .
kau sepatutnya tak boleh buat macam tu .
tapi aku dah buat macam tu
kau memang hati keras .
hati keras ? maksod kau ?
kejam .
hahaha . takda laa . aku kejam dengan kau je .
bukti kau kejam dgn aku ?


*tarik rambot*




yess . itulah bukti kekejaman aku terhadap aku !!
manusia bangsat aneppppp !!!!!