Tuesday, December 21, 2010

*aiman hensem*







tidak perlu ketawa kecil .
tidak perlu ketawa sumbang
tidak perlu tergelak melihat gambar pelik *terutama yg ketiga tu*
tidak perlu kata apa apa


*senyum tawar*


ya awak semua benar !
aku adalah anak ketiga dari zuriat Pak Jamal .
dan aku ada 2 orang adik .


first entry aku pasal adik aku yg bongsu aku sudah karangkan
kalau mahu lihat : tekan ini segera .

tapi untuk kali ini kita berbicara tentang adik jantan ini pula .



orang selalu panggil dia aiman . ada yang panggil dia izat .
nama benar dia mohd zat aiman . tapi takda pon org panggil dia mohd :)




orang cakap dia masa kecil comel gila tahap level 300
orang cakap dia masa kecil cute gila tahap level 500
orang cakap juga bila dah masa dah tidak comel turun level


*hanif jamaluddin cakap anep lagi comel masa kecil level 700*


apa yang menarik pasal mamat jantan ini ?

teringat masa zaman dia kecik kecik , aku masih ingat lagi .
lepas je mak aku ambil kain dari "bakul kain" (ala yang ada lubang2 tu)
dia terus ambil bakul kain tu , letakkan bakul tu atas sofa .
haaaa dia pon mulakan rentak permainan dia .


*jadikan bakul itu sebagai stering kereta*


mak aku pelik : ehh aiman , apa kena dgn kau ni ?
aiman : aiman nak jadi lori angkat sampah tu . jadi drebar .


aku tersenyum dan tertawa . jangan pikir kerja itu hina .
sedikit pun tidak . malah kerja halal lagi .
aku pelik mengapa adik aku boleh berpikir sampai ketahap itu .


apa lagi ?
ohh yaa . baru baru ini dia baru lepas kena POTONG (sunat laa)
masyaAllah Ya Rabbi Ya Karim Allah Maha Kuasa sahaja yang tau penderitaan aku .


*kenapa ?"


macam PUTERA RAJA SI IZAT AIMAN INI !


abang tolong ambilkan tisu berdarah ini
abang tolongkan ambilkan air haus laa nak minum
abang nak kencing tolong angkat kejap
abang nak berak laa tolong teman *ni yang aku bengang ni*


setan di sebelah aku ini selalu suruh aku timbulkan rasa bengang
terhadap jantan ini . apa boleh bikin ? hanya diam dan buat .
dan apa yang menariknya lagi ? iyaa si aiman ini memang akan jadi mangsa aku .


*mangsa konspirasi pencilok air sejuk peti ais*


tak paham ?
meh aku tulis capslock :


SI AIMAN NI MEMANG SUKA SIMPAN AIR TEH SEJUK DALAM PETI AIS SIMPAN LAMA LAMA . PAHAM PAHAM JELAA AKU YANG HENSEM DAN BERWAWASAN INI AKAN SELALU MINUM SIKIT SIKIT DARI AIR TEH YANG DIA SIMPAN TU .


yang menariknya dia bukan je simpan air teh ke ape ke , kadang kadang dia beli burger hari esok baru dia nak makan . alasan die ?


AIMAN NAK LAMBAT MERASAI KENIKMATAN BURGER SORANG SORANG . BIAR LAMBAT ASAL SEDAP .


qoute jahanam bikin sakit hati bikin hati basah hahahaha .
tapi bila tiba dia bangkit tidur , selalunya dia pasti akan menjeling ke arah aku .
sebab aku dah tibai burger dia sikit sikit .


*nampak macam keluarga bahagia kan ?"


bagi aku , bukan senang mahu ada adik .
bukan senang mahu rasa nikmat seorang adik .
sapa sapa yang ada adik , aku nak anda tahu :


adik adalah "wang ringgit" kita yang terhebat .
peliharalah ia :)


*OHH SEBIJIK MACAM IKLAN YANG KAT NASI LEMAK KOPI OO TU*
*kita cuma ada satu alam ... peliharalah ia*






*aiman memang hensem macam abang dia*


1 comment: