Friday, December 31, 2010

azan








bilal berucap bergetar mulutnya di hadapan mikrofon .
jari jemari siap siap memegang kaki mikrofon .
sambil mengelap air wudhu di celah celah telinga
tersenyum lihat pakcik jemaah minum kopi sembang sembang di bawah sana .

  • Allahu Akbar Allahu Akbar
  • Asyhadu alla ilaha illallah
  • Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah
  • Hayya 'alash sholah 
  • Hayya 'alash sholah
  • Hayya 'alal falah 
  • Hayya 'alal falah 
  • Allahu Akbar Allahu Akbar


terdengar curahan air paip memukul jubin lantai tempat ambil wudhuk .
kedengaran suara anak kecil gelak ketawa sambil ambil wudhuk .
bunyi guruh suram suram merayau rayau di sekitar awan .


hebatnya islam manisnya islam .


aku tak tau apa mungkin anak muda macam aku ni tidak merasa manisnya dan nikmatnya "azan" .


sedangkan kalau hidup seribu tahun lamanya pun
belum tentu engkau dapat rasa apa itu nikmat azan .
inikan pula hanif jamal yg baru hidup setahun jagung .


teringat masa zaman dulu .
zaman darjah empat , venue : sekolah agama .
menjadi bilal sekolah adalah salah satu dari produk "populariti" aku .
sebab jadi bilal , aku boleh jadi terkenal .
biasa la weh . darah muda , baru budak budak .
tergeletek sedikit jadi terkenal , mulalah menggatai nak jadi lagi femes .


tak pernah pula teringat nak buat kerja secara ikhlas


*time dulu dulu laa*


sekarang ? hanif jamal ?


entah .
tidak tahu .


dah lama tak melaungkan azan .
rasa jauh roh dan diri ini .
azam tahun baru aku adalah err ...


*apa ni tukar topik bagus macam tutttt*


aku nak jadi bilal !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
nak cuba laa apply kat mana mana masjid hahaha :D


last words ,
azan adalah fenomena luar biasa , kenapa manusia anggap itu adalah perkara biasa ?




chow dulu :D
ohh azan la . nak solat laa ...




*OHH ! AZAN DALAM CITE DRAMA ? CEH DAMN GILE*


btw , selamat tahun baru 2011
mantap tarikh hari ini
1.1.2011 




Thursday, December 30, 2010

konspirasi 2010 dan 2011 .







hijrah 2011 .


*2 post pasal tahun baru aww malunye*


lagi sekali bercerita tentang tahun 2011 .


tahun yg aku harapkan tahun paling mantap dalam hidup aku .
tahun yg aku harapkan boleh diharap untuk pegang hidup aku .
tahun yg aku mahukan hari harinya jadi hari istimewa dalam hidup aku .


hijrah 2011 ? kenapa orang asyik sambut tahun baru kafir ke ?
mana maal hijrah tahun islam ? kenapa nak bangga banggakan tahun kafir ?


halah munafik engkau . tak kisah la nak sambut tahun baru islam atau kafir .
sama juga . sudah jadi trend zaman berzaman .
u buat azam i buat azam , seminggu selepas awal tahun , u punya azam jadi sampah .


yang peliknya semua "marah" bila kita semua sambut tahun baru "kafir" ,
sepatutnya "trend azam" ni tiap tiap engkau buat .
tiap tiap hari engkau berazam .


kenapa mahu tunggu tahun baru baru bikin azam baru ?
munafik sangat ke nak tunggu setahun baru nak berubah ?


halah manusia ohh manusia .
geli hati melihat awak semua .


2010 ? apa yang menarik untuk akhir tahun ini ?


1. PMR ? ohh aku 5A 3B . puas ?




semua orang sibuk bertanya :
ehh hanep dapat berapa A ?
hebatnya hanep dapat 5A ? hebat tahniah !
ala okey la tu 3 subjek ke pon yg B , bagos hanep !
haneeeeepppp ! tahniah !


urghhh . macamlah aku ni dapat 8A , wish yg terlalu melebih lebih .
aku selalu anggap wish itu suatu sindiran , bukan yg tulus ikhlas .
maafkan aku :) 


suka hati aku la nak pikir apa apa pun .
terima kasih buat awak yg wish . tapi rasa malu jugak
orang semua semangat wish padahal 5A je pun macam budak 8A pula .
budak 7A pun tak la semeriah aku . malu kan kalau awak begini ?


2. malaysia menang dalam Piala Suzuki 2010 menentang Indonesia .








semua orang dah tau pasal ini . semua wanita pun dah minat bola pasal ini .
pasal hero malaya kita , Khairul Fahmi atau apex (panggilan manja awek die)
apa apa pun kau main mantap la , apex ! bagos .
timbul pasal isu laser , ini satu lagi masalah bangsat .
semua pakat pakat : woit ! penyokong negara dgahgdha itu yg buat !
satu lagi berpakat : woit mana ada penyokong negara engkau la !!


semua bodoh . semua bangsat semua bangang . 
yang gelak ketawa tengok korang bergaduh tu .. tu.. yg suluh laser tu
kesian , org yg sulu laser itu sepatutnya kita hentam .
hadoi sebab laser pasar malam RM3.20 pon mahu jadi isu .
macam ini manusia matang ? balik rumah baca buku sejarah .


malaysia memang baik bagus sedikit .
tapi yang perlawanan kedua ni , kenapa awak semua main defensive je ?
kenapa awak semua tak attack ? 


ohh . mentang mentang dah cilok tiga gol kat Bukil Jalil , 
jadi relaks jela ? hadoi mana bisa . kasi tunjuk sikit taring harimau .
takpa la . dah menang nak buat macam mana kan ?
bagus la sebab buat kakak aku yg dulu benci bola sekarang minat bola


*semua sebab lelaki , bukan minat bola*


good ending for this year .
semoga tahun depan lagi banyak lagi "happy ending" .


go malaysia go malaysia !








*short post for today*

Tuesday, December 21, 2010

*aiman hensem*







tidak perlu ketawa kecil .
tidak perlu ketawa sumbang
tidak perlu tergelak melihat gambar pelik *terutama yg ketiga tu*
tidak perlu kata apa apa


*senyum tawar*


ya awak semua benar !
aku adalah anak ketiga dari zuriat Pak Jamal .
dan aku ada 2 orang adik .


first entry aku pasal adik aku yg bongsu aku sudah karangkan
kalau mahu lihat : tekan ini segera .

tapi untuk kali ini kita berbicara tentang adik jantan ini pula .



orang selalu panggil dia aiman . ada yang panggil dia izat .
nama benar dia mohd zat aiman . tapi takda pon org panggil dia mohd :)




orang cakap dia masa kecil comel gila tahap level 300
orang cakap dia masa kecil cute gila tahap level 500
orang cakap juga bila dah masa dah tidak comel turun level


*hanif jamaluddin cakap anep lagi comel masa kecil level 700*


apa yang menarik pasal mamat jantan ini ?

teringat masa zaman dia kecik kecik , aku masih ingat lagi .
lepas je mak aku ambil kain dari "bakul kain" (ala yang ada lubang2 tu)
dia terus ambil bakul kain tu , letakkan bakul tu atas sofa .
haaaa dia pon mulakan rentak permainan dia .


*jadikan bakul itu sebagai stering kereta*


mak aku pelik : ehh aiman , apa kena dgn kau ni ?
aiman : aiman nak jadi lori angkat sampah tu . jadi drebar .


aku tersenyum dan tertawa . jangan pikir kerja itu hina .
sedikit pun tidak . malah kerja halal lagi .
aku pelik mengapa adik aku boleh berpikir sampai ketahap itu .


apa lagi ?
ohh yaa . baru baru ini dia baru lepas kena POTONG (sunat laa)
masyaAllah Ya Rabbi Ya Karim Allah Maha Kuasa sahaja yang tau penderitaan aku .


*kenapa ?"


macam PUTERA RAJA SI IZAT AIMAN INI !


abang tolong ambilkan tisu berdarah ini
abang tolongkan ambilkan air haus laa nak minum
abang nak kencing tolong angkat kejap
abang nak berak laa tolong teman *ni yang aku bengang ni*


setan di sebelah aku ini selalu suruh aku timbulkan rasa bengang
terhadap jantan ini . apa boleh bikin ? hanya diam dan buat .
dan apa yang menariknya lagi ? iyaa si aiman ini memang akan jadi mangsa aku .


*mangsa konspirasi pencilok air sejuk peti ais*


tak paham ?
meh aku tulis capslock :


SI AIMAN NI MEMANG SUKA SIMPAN AIR TEH SEJUK DALAM PETI AIS SIMPAN LAMA LAMA . PAHAM PAHAM JELAA AKU YANG HENSEM DAN BERWAWASAN INI AKAN SELALU MINUM SIKIT SIKIT DARI AIR TEH YANG DIA SIMPAN TU .


yang menariknya dia bukan je simpan air teh ke ape ke , kadang kadang dia beli burger hari esok baru dia nak makan . alasan die ?


AIMAN NAK LAMBAT MERASAI KENIKMATAN BURGER SORANG SORANG . BIAR LAMBAT ASAL SEDAP .


qoute jahanam bikin sakit hati bikin hati basah hahahaha .
tapi bila tiba dia bangkit tidur , selalunya dia pasti akan menjeling ke arah aku .
sebab aku dah tibai burger dia sikit sikit .


*nampak macam keluarga bahagia kan ?"


bagi aku , bukan senang mahu ada adik .
bukan senang mahu rasa nikmat seorang adik .
sapa sapa yang ada adik , aku nak anda tahu :


adik adalah "wang ringgit" kita yang terhebat .
peliharalah ia :)


*OHH SEBIJIK MACAM IKLAN YANG KAT NASI LEMAK KOPI OO TU*
*kita cuma ada satu alam ... peliharalah ia*






*aiman memang hensem macam abang dia*


konspirasi dunia hari ini .







masih kenal lagi Saidina Abu Bakar ?
pernah lihat keluhan beliau ini ?


alangkah baiknya andainya aku ini hanyalah sehelai bulu roma yang tumbuh menumpang pada tubuh orang muqmin .




awak nampak kan ? 
awak boleh rasa kan ?
awak boleh ambil iktibar kan ?


kalaulah kita semua ini tau betapa bangsatnya dunia ini ,
kalaulah kita semua ini tau betapa jahatnya dunia ini ,
kalaulah kita semua ini tau betapa liciknya dunia ini .


*memang konspirasi kejahatan tidak akan pernah wujud*


ohh yaa . manusia memang kuat bermegah .
manusia memang senang bermegah
manusia memang kuat menipu
manusia memang senang menurut hawa nafsu
lagi lagi jika pendamping awak *setan* sentiasa jadi teman awak .


aku pernah terpikir macam apa yang sahabat Nabi itu pernah terpikir .
aku lihat burung . 
hye burung .
burung pergi keluar mencari makan dengan senang hati 
burung pergi keluar mengawan cari pasangan dengan senang hati
mati pun juga senang hati .


*senang hati tanpa tanggungjawab*
*senang hati tanpa memikirkan nasib syurga dan neraka*
*senang hati tanpa pikir apa apa*


alangkah baiknya jika aku menjadi seekor burung ?
tak perlulah aku menghadapi konspirasi dunia yg penuh dgn bangsat .
lagi lagi aku hidup dalam dunia akhir zaman .


tak perlulah aku nak tunggu result PMR dengan wajah yang tawar .
terpaksa berhadapan dengan teman teman bangsat 


terpaksa berpura pura baik di hadapan penjahat dunia .
di hadapan kawan kawan yang BANGSAT


*ehh jangan terasa . awak memang kawan saya . saya cakap kawan yg ITU bukan awak tau jangan risau saya sayang awak*


kembali ke aliran topik .
ehh hanep , awak mahu jadi binatang ?




ohh tidak sama sekali . aku bangga jadi anak manusia .
bertambah bangga lagi aku jadi anak Jamaluddin .
tak kisah burung itu hidup senang lenang ,
mengawan pon senang lenang .


kata orang :
setiap sesuatu yang terlihat sempurna itu , sebenarnya ada yang tidak sempurna di dalam sesuatu itu .


hidup burung memang dalam ketakutan .
takut dengan apa ?


pemburu .
pemangsa .
bencana alam .


manusia ?
mengapa harus takut ?
kita ada keluarga . 
kita ada rumah .
kita ada kerajaan .
kita ada semua .


yang pastinya kita ada Tuhan .




*senyum manis*


kita boleh keluar rumah bila bila masa
burung ada kalanya dipaksa dikurung 
kadang kadang kalau tuannya lupa nak bagi makan
memang sengsara hidup seekor burung .




last words : berbanggalah kerana awak adalah manusia :)







assalamualaikum 2011 .

ehh apahal horoskop ni bahahaha sori sori aku nak cari gambar 2010 tapi tak jumpa apa benda entah horoskop bahahahahahahahahaahahha .






belakang rumah aku .
depan rumah aku .
padang 2 kilometer jauh dari rumah aku .
court badminton carsem .
bangunan batu jj (ceh tengok pawagam aww)


aku habiskan cuti sekolah aku dengan tempat tempat bosan macam itu .
apa boleh buat ? duit takda transpot lagi laa sponsor pon payah nak cari ?


tiap tiap pagi mee goreng + ayam atas dalam polisterin .
campur dengan air teh tarik sejuk dalam plastik air yg sarat dengan kondensasi air yang banyak sampai kadang kadang membasahkan bekas polisterin .


orang sembang jangan pakai polisterin .
nanti mati laa . 
ada yang sembang ada kanser laa . 


arghh bangsat semua itu . peduli apa aku .
duit aku hak aku pergi mampus anda laa .
kalau Tuhan kata KUNFAYAKUN , sekarang juga aku bisa mati .


sekilas pandang , kini kertas kalendar aku makin menipis .


kalendar dapur
kalendar bilik aku
kalendar bilik air *ini aku tipu bodoh dalam bilir air ada kalendar*
kalendar bilik mama papa .
kalendar rumah jiran 


*sebab dia sangkut kalendar dekat pintu depan senang aku nampak heee*


memandang kalendar dengan penuh hampa .
masuk satu ruangan bilik otak yang sarat dengan memori bersawang 2010 .


urghh . 
manis pahit masin kelat busuk wangi semerbak sume ada .


semua memori mula mengorat langkah bermain main aci duduk dalam pikiran aku . mahu dihalau nanti jadi gila . mahu ditegur nanti tersinggung .


biarkan sahaja la . ahh kenangan bangsat dah datang .


kenangan masa aku semangat melayan cinta monyet aku .
korbankan duit demi cinta monyet aku .
sanggup korban masa demi cinta monyet aku
sampai tidur tak lena mimpi tak basah .


*MIMPI TAK BASAH ? BAHAHAHAHA BODOH*




jujur aku memang mahu jujur .
2010 tahun aku bikin sampah saban hari .
buang masa untuk perkara perkara sampah saban hari .
kalau setakat sembahyang lima waktu , hebat puasa satu bulan .
kalau kalam Tuhan pon engkau baca dua tiga ayat .
baik tidak payah .


heh . hanif jamaluddin baru nak insaf lepas tengok al-Quran berhabuk .
damn kan ? 1 tahun tanpa al-Quran ? bodoh sangat .


*cukup*


assalamualaikum 2011 .


ohh no tidak mungkin !
trend zaman sekarang anak muda macam aku 15 tahun ini semua tengah cuak tunggu slip keputusan PMR ada dalam genggaman mereka .


aku malas mahu pikir panjang .
pak cik Jamaluddin gantung harapan tinggi sangat ,
sumpah aku tak sampai walaupun aku tinggi :(
sekadar redha dan diam sahaja
insyaAllah "tali Allah" sampai kepada aku .


tengok member member yang pandai itu cuak cuak ,
aku yang satu juta kali tidak pandai berbanding mereka ,
lagilah sejuta kali cuak berbanding mereka .


semoga dua ribu sebelas ini tahun berisi aku .
semoga dua ribu sebelah ini tahun keramat aku .


amin amin yaraballalamin :)


2011 lambat lagi bang oii ... awat hang kelam sangat sembang awal ?
errr .. nanti time countdown new year aku takpayah la menghadap PC
apahal plak ? time tu laa kita nak enjoy menjoy . hang ni betoi laa
hang laa bendoi . selalunya 2-3 jam sebelum countdown , internet memang slow tahap 345 level tau ? orang banyak pakai .
ohh ya ka ? mana aku tau heee
memang laa hang tak tau sebab hang takda komputer .
aku ada laptop laa bendoi
memang laa tapi laptop hang takda server internet bahahahaha
woooooooooooooooooooooo


*gila lama gila aku tak update*


HYE AWAK SEMUA .


*ada tiga perkataan bodoh dalam post ini*


HADOI APA MAHU JADI HANIF JAMALUDDIN !!





Saturday, December 11, 2010

kaum hawa lebih kuat dari kaum adam .





kaum hawa lebih kuat dari kaum adam .






pernyataan bodoh bg mereka yg ingin anggap itu bodoh .
pernyataan kebenaran bg mereka yg ingin anggap itu benar .


*aku memang jantan "sejati" dan memang ada benarnya pernyataan itu*


awak boleh cakap hanif jamaluddin tak betul .
awak boleh cakap hanif jamaluddin gatal back up perempuan
awak boleh cakap hanif jamaluddin gila perempuan .
awak pun boleh cakap hanif jamaluddin langgar fitrah manusia
awak boleh cakap yg hanif jamaluddin tak bersyukur jadi jantan 


*sumpah meh . aku bangga jadi jantan dan mahu terus menerus jadi jantan*


bila aku menulis dan bilang : kaum wanita lebih kuat dari kaum lelaki
aku boleh rasakan banyak kaum adam akan cepat melatah .


kalau kaum hawa ini kuat sangat , kenapa kaum adam banyak dilabel sebagai pemimpin berbanding kaum hawa ?


kalau kaum hawa ini kuat sangat , kenapa kaum adam yang dilabel sebagai pelindung hak dan pelindung segala galanya untuk kaum hawa ?


kalau lagi kaum hawa ini kuat , kenapa kebanyakkan aspek aspek "kuat" selalu dikhususkan buat kaum adam dan bukan untuk kaum hawa ?


*terlalu banyak persoalan . memang banyak konspirasi*


bukan tentang pemimpin yang mahu aku gambarkan .
bukan pelindung atau apa sahaja itu yang mahu aku sampaikan .




*baiklah .. pause*




jika kaum adam adalah intan payung pelindung bagi kaum wanita , kenapa banyak benar kes rogol kes ragut kes cabul kes zina bersepah sepah di serata muka bumi Allah ini ?


*maaf kali ini aku bersifat lantang dan terus menerus*


macam mana makhluk "pelindung" boleh jadi "penindas" ?
munafik . melawan hukum fitrah kan ?


okey engkau bisa cakap yang :
elehh .. jangan salahkan lelaki kalau perempuan pun dress up baju pun lain macam ehemmm ehemmm je .


*maaf sekali lagi bersifat lantang*


tapi kaum adam awak kena ingat , kaum adam adalah kaum "pelindung" .
kaum wanita tidak akan tergoda dengan awak kalau awak tak cuba untuk "menggoda" mereka . 


kalau awak pandai jaga iman awak , semuanya bisa terkawal :)


bila engkau semua buka langkah , kaum wanita kalah , maka syaitan memang tertawa bila tengok adegan maksiat .




*cukup*




*maaf iman adalah hak propagatif masing masing . sumpah kali ini aku tidak mahu cakap dan ikut campur tentang iman*




HANEP MANA BUKTI YANG KAU SEMBANG APA TU KAUM HAWA LAGI KUAT DARI KAUM JANTAN APA LAA TU ? MANA ???




*satu kali lagi pause*


alamak engkau ini . tidak perlu susah payah cari di google
tidak perlu susah payah mahu pikir kenapa mengapa


itu lihat itu baik baik dan tenang tenang .
gerakkan kaki engkau dan pergi ke dapur .
tenung baik baik wajah ibu emak ummi mama engkau semua .


lihat dari sudut kening mata lubang hidung mulut gigi lidah
*jangan tenung serius sangat nanti kena sekeh baru tau*


haa engkau ambil ini wahai manusia :
nak melahirkan awak yang bergelar manusia ini ingat senang ke ?
ingat proses melahirkan anak ini macam proses melahirkan kentut ?
engkau ingat proses ini adalah proses nikmat macam kentut ?


senang cerita .
bayangkan jika kau punya adik beradik berjuta juta berduyun duyun
kasi tau sama aku boleh kau bayangkan berapa juta kali emak engkau terpaksa main bertarung nyawa semata mata demi kau ?


ada engkau pikir pasal itu ?


*hipokrit jika awak bilang kaum hawa adalah insan low profile*


harap maklum
post ini aku bikin bukan mahu jatuhkan rendahkan martabat
menindas kaum adam secara psikologi .


awak boleh anggap ini semua satu teguran atau sindiran .


*jangan anggap ini teguran kerana aku memang tidak layak menjadi mesin nasihat sebab aku masih budak kerusi sekolah*


tapi jika sejuta manusia ada mindset yang sebegitu rupa , 
aku rasa memang banyaklah penindas dalam dunia ini .


satu benda ingin aku campakkan buat semua .
andailah kaum adam ingin jadi intan payung pelindung kaum hawa
pastikan payung kita tidak koyak rabak 
serius sumpah malu kita bhai memang malu !!




*alamak nape hanif jamaluddin boleh tulis benda benda ini ? sungguh konspirasi . aku taknak jadi bapak orang . taknak jadi tukang mesin nasihat sembang pasal ape nihh ewwwww ! i baru nak masuk tingkatan 4 laa*




kaum hawa jangan perasan sangat .
awak kene ingat . awak golongan kedua dalam senarai fitrah alam :)




*tamat*





Friday, December 10, 2010

konspirasi zaman sekolah rendah .

jadi pengintip jalanan siber seketika tadi .
buka blog abang ni , aku nampak post pasal persahabatan .
bukak blog akak ni , nampak juga post yang sama .
bukak blog jantan ni , sama juga , post persahabatan .


*SUMPAH AKU GELI PAKAI PERKATAAN PERSAHABATAN EWW*


sembang pasal sekolah lamanya .
zaman awak tadika laa . zaman bayi laa apa laa .
seronok juga membaca . 


*sebenarnya aku mmg nak tulis sesuatu tentang aku ketika zaman sg rapat*


kurang pasti dan kurang tahu apa yang sebenarnya mahu aku tulis .
baiklah okey fine macam ni . aku tulis apa yang terlintas di pikiran aku


1.dulu masa darjah enam aku sekolah kat sekolah sungai rapat 
(ala dekat dengan megoplex tu)


2.kalau awak semua tak tau atau mahu tau , aku dulu seorang ketua pengawas yg penuh dengan skandal dan sangat gatai poyo 


bajet hensem . malah ketika itu aku juga mempunyai seorang awek . sunggoh tidak blah memiliki awek di saat anda masih muda 


tetapi itulah kebenarannya HANIF JAMALUDDIN gatai nak mampos .


3. andainya aku tunjukkan awak semua gambar aku masa darjah enam , anda sudah tentu tidak akan percaya jika nak 


dibandingkan dengan hanif jamaluddin version 15 tahun ini kerana waktu itu seluar aku sangat tinggi dan aku juga dianggap 


skema dan terlalu skema sehingga aku juga tidak perasan .


4. masa zaman sungai rapat dulu , aku selalu bertengkar dengan guru bahasa melayu aku , cekgu Sabariah binti Omar tentang hal hal isu semasa . bajet macam pensyarah dengan pelajar kolej la . KONONNYA . kadang kadang nak tergelak tengok cikgu itu pening kepala nak layan kerenah aku . aku masih ingat topik terakhir yg aku bincang dgn die , pasal SAHAM . hahaha


5 . benda ini hanya aku je nak tau . tapi aku mau kongsi juga . masa zaman aku dulu aku mmg suka mengusik dan agak nakal . *lagi lagi mengatai aku mmg nombor 1* ada dalam satu hari , aku telah ditendang oleh seorang rakan baik aku (kaum hawa) sebab aku kacau dia time DIA betulkan tudung . tapi yg peliknya , rakan baik aku ni pulak buat muka cuak walaupun aku yg ditendang . mungkin sebab dia tengok aku merengek sakit (sebenarnya aku pandai berlakon


*sambong* tapi yang pelik dan anehnya dia sanggup tawarkan lima ringgit sebagai tanda maaf kerana berjaya menendang aku . time tu aku bersama dengan teman teman yg lain memang bergelak ketawa melihat kerenah si dia (nama dia AINA ) aku masih lagi berlakon dan terus berlakon (tapi aku tak ambil pon duit dia sebab aku ni baik dan pemurah)


6.  sebagai ketua pengawas aku mmg kene selalu berucap contohnya untuk hari guru , hari anugerah cemerlang dan lain2 . ada suatu hari aku dah lupe aku berucap utk hari apa dan bila . namun aku masih ingat , dalam slip ucapan tu ada tertulis : BAGAI AUR DENGAN TEBING . aku ketika itu dgn jayanya dengan penoh semangatnya menjerit : BAGAI AIR DENGAN TEBING . kata orang terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata , memang binasa . hadoyai segan tak bertalu laa weh .


6 benda ni salah satu dari cabang cabang kenangan aku ketika zaman sekolah rendah .




kongsi peristiwa lawak . kongsi peristiwa positif dah laa .
malas nak kongsi peristiwa yg penoh dengan konspirasi negatif .
buat sakit badan buat sakit hati buat sakit mata sahaja .


memang dulu aku ada cakap : AKU BENCI MEMORI SUNGAI RAPAT


tapi jujur aku dengan rasa malu segan hebat geli pon adanya :
aku memang tak benci kawan kawan aku . ohh yeah .
aku sayanggggggg member member aku .




*SUMPAH AKU RASA GELI SEKARANG NI*




tak kesa laa member sungai rapat ka member gunung rapat ka .
jika awak pernah sembang dengan saya . itu maknanya anda kawan saya .
dan saya memang "sayang" anda macam saya sayang ikan saya .




*SEKALI LAGI AKU RASA GELI GELIMAN*














nak buang air laa . bye .

Wednesday, December 8, 2010

konspirasi hantu dan sekutu sekutu bangsatnya .



orang cakap zaman sekarang mana ada hantu .
ada orang cakap zaman sekarang wujud lagi hantu .

tapi bila sembang pasal jin dan syaitan .
semua terdiam . semua ternganga .

*hantu tu jin laa weh hadoyai*

baru tadi aku sembang sembang dengan daddy aku pasal hantu .
dia cakap mcm ni :

hanep . dgn hantu kita tak boleh takot sangat , nanti dia pijak kepala kita .
hanep . tapi kita tak boleh berani sangat , nanti susah .

*ini pendapat aku . bisa dibangkang atau dihina*

tadi awak sembang tak boleh takut sangat ,
pastu awak sembang lagi jangan berani sangat .

awak cakap macam tu terus aku jadi bengong . mana satu nihh ?
kene berani ke kena sedang sedang ?

sumpah aku jujur . aku tidak pernah jumpa hantu . 
dan tidak pernah teringin mahu berjumpa dengan hantu  .
cuma aku ni hanya lihat video video hantu yg ada dalam tong internet .
itupun semua karangan karangan manusia . yang real real susah nak dapat .

*sebab zaman sekarang zaman edit zaman fake*

sebab itulah ada pak cik aku ada cakap :
orang zaman P Ramlee itu jauh lebih beruntung dari orang zaman Siti Nurhaliza
sebab semua benda benda segar memang susah nak dapat .

sebagai contoh : hantu laa . zaman sekarang ni memang susah nak jumpa hantu
sebab semua orang boleh jadi hantu .
semua orang mahu jadi hantu
semua orang berkelayakan tinggi jadi hantu .

jadi sekarang ni kau nak cakap hantu dan manusia ini SAMA LAA YE ?
*entah laa . aku tak pasti . bilang lahh apa yg kau mau . aku tidak protes*

cuma satu je aku nak cakap . tidak kisah anda mau dengar atau tidak .
itu hak propagatif anda . 

jika awak rasa awak itu penakut , cubalah berpura pura jadi berani .
sebab benda yang berani itu sebenarnya adalah penakut , seperti kita :)

OKEY SEMUA MESTI PELIK KENAPA AKU TIBA TIBA POST PASAL HANTU NI KAN ?
YEE AWAK PANDAI SEBAB SAYA BARU LEPAS TENGOK CITE HANTU .

*jadi memang perlu banyak merepek*





Monday, December 6, 2010

happy muharam and i am useless .




assalamualaikum wr wb .
salam maal hijrah 2011 ehhh salam maal hijrah 1432


sembang pasal ini baru mau tulis salam ?
bagos munafik benar hanif jamaluddin .


*pause*


tahun lepas dah lepas . tahun baru baru datang 
buku lama naik ke langit . buku baru turun dari langit .


*menguap*


aku rasa dah berwarna warni buku amalan aku tahun lepas .
warna hijau puteh kuning biru merah semua ada cukup sempurna .
konspirasi warna warna dosa yang dah aku buat .
memang cukup banyak . sangat sangat sangat banyak .


dosa aku pasal jadahdkajsdsakassdhsjakdh
dosa aku pasal eqeyqwteywquteuqwyteywqu
dosa aku pasal mvx,mv,nxc,mnbnb4nmwq


*gilaa apa nak bgtau orang apa dosa awak*
*bodoh namanya itu yaa adik adik*


oleh itu dengan secara tidak sengajanya . atau mungkin aku sengaja 
aku ingin terus terang . terang menerang tanpa ada konspirasi tersembunyi .
aku ingin mohon ampun dan maaf kepada semua warga dunia yang telah aku 


buat dajal buat kianat sampai ada yang nanges .
buat kau yang telah aku kutok depan depan
buat diorang yg aku cilok pemadam tapi tak pulang2 sampai sekarang
buat awak2 yg telah aku jadikan bahan konspirasi penghinaan mulut aku .
*ok ape kutok depan depan . kutok belakang2 lagi bodoh dan pengecut kan ?*




aku mintak maap juga dekat manusia manusia terutama :


err member facebook .
err member jiran aku
err member sedara mara aku
member member sekolah aku
rukun tetangga family aku .


sebab apa ? HAHAHA . sebab diorang ni terpaksa jadi mangsa simbahan puji pujian aku .
tak paham ?


aku sebenarnya hensem orangnya .
aku sebenarnya macho dan berkeyakinan orangnya .
aku hensem tapi korang je tak sedar .
aku ni baik dan peramah orangnya tapi itulah orang taknak kan nak buat mcmne .


puji puji bangsat itu adalah dari aku . haha .
kasihan mereka semua . terpaksa menjadi tempat penyimbahan puji pujian .
terpaksa jadi tempat utk aku melepaskan puji diri sendiri aku .


hanif jamaluddin disini ingin memohon ampun .






*semakin menguap*


jujur aku memang mengantuk . bergerak ke hadapan .
ahlan wah sahlan ! (betol ke ni ?)