Thursday, November 25, 2010

warkah kematian buat telefon bimbit .




yang hidup pasti akan merasai mati .

itu yang cuba aku terangkan . 
keterangan yang sangat sedih bagi aku . ( bagi aku laa )
kematian sentiasa berlaku di mana mana .
tidak kira makhluk ataupun makhluk ciptaan makhluk .


*pause*


ucapan takziah buat telefon bimbit aku .
telefon bimbit yang paling canggih yang pernah aku miliki
(walaupun sebenarnya SANGAT TIDAK CANGGIH)
telefon bimbit yang dah hidup lebih kurang 3 ke 4 tahun dah lupa pulak .
dan sekarang ini secara automatik bukan manual .. dia sudah mati .


secara jujurnya aku mau menulis dengan hati yang jujur dgn penuh kejujuran .
hidup memang terasa lain bila kita selalu berpelukan dengan teknologi .
hidup memang terasa lain bila kita selalu bermain-main dengan teknologi .
tapi redha itu penting sebenarnya . ok . sedih la weh ish ish ish nanges aku .


*menangis dan menarik hingus secara munafik*


dear henset buruk ,


walaupun body awak ni besar gila macam alat kawalan televisyen .
walaupun kadang kadang keypad nombor awak tercabut time aku tulis mesej .
walaupun kadang kadang kalau aku terhayun awak tiba tiba OFF sendiri .
walaupun awak adalah cellphone yang banyak kelemahannya
walaupun saya kadang kadang benci tengok awak .


tetapi anda tetap henset terbaik dan termantap yang pernah saya miliki
*dipaksa untuk memuji walaupun hasrat dihati mau menghina*


andalah tempat / mesin penyatuan 2 hati menjadi satu 
(HAHAHAHAH INI MEMANG TIDAK BLAH LANGSONG)


andalah alat yang selalu bangonkan aku dari tidur awal awal pagi
andalah alat yang selalu melalaikan aku juga hadoi .
andalah alat yang selalu menghabiskan duit poket aku .
andalah alat penghapus kebosanan aku (main game snakes BOSAN GILE)


sebenarnya henpon aku rosak bukan kerana dia memang rosak ..
tetapi penyebab utamanya adalah charger-nye .
bile aku masok je wayar punat (orang panggil punat ke ape hah ? lantak laa) ke dalam lubang henset , hadehh takda respon langsong . entah ape entah . adoi .


sekarang ni pengganti cell phone aku adalah facebook .
tempat penyatuan aku dan para sahabat . para sedara .


TAPI BILA AKU SELALU ONLINE JE KAU KATA AKU MACAM POMPUAN ASYIK DOK RUMAH .


haram jadah tahap lagenda punye orang .
aku ade jugak maen bola kat padang tiap tiap petang . 
aku sekarang ni keje kat kedai buku .
aku ada jugak keje sikit sikit kat luar .


kau nak aku buat ape sampai aku boleh kau panggil JANTAN ?
nak aku makan batu bata tiap tiap hari baru kau percaya ?


*konspirasi syaitan api kemarahan*


ya Allah . ampunilah dosa hambamu ini .


*apehal entah tetiba marah tak tentu pasal*


gila kan ?

2 comments: