Thursday, November 25, 2010

*marah*

satu dalam tiga .
tiga dalam satu .


bila semua bergabung bila semua berkabung .
maka yang tinggal hanyalah satu sahaja .


*satu tidak lebih dari itu*


bila baik bertemu jahat
maka yang jadinya adalah nafsu .


yang baik berkata : sabar hanep .. dia tu tidak matang . macam budak budak . sabar membawa berkat . berkat membawa pahala . pahala membawa ke syurga 


yang jahat berkata : haram jadah tahap lagenda punya anak . kalau dah lebih lebih sampai main nama bapak . memang tak boleh jadi . teruskan hanep . kacau ganggu hentam gigit hidup dia sampai bocor . kau boleh aku tau .


yang baik itu datang dari punca kebaikan abadi, Allah Maha Esa
yang jahat itu datang dari mesin kejahatan yang fana (tidak kekal) , syaitan laknatullah .


iman berlawan dengan nafsu .
yang menjadi pengadil adalah hati kita . hati manusia . hati adam dan hawa .
aku tak pasti siapa yang boleh menang . sebab hati yang yang menjadi pengadil .


*moga moga yang baik sentiasa menjadi juara*


aku pelik dengan kehidupan aku ini .
mengapa maseh wujud lagi manusia bangsat suka pakai pakai nama bapak
untuk dijadikan sebagai bahan humor bahan lawak ?
yang terkena tempiasnya adalah aku .
yang terbatuk batuknya adalah BAPAK AKU SENDIRI .


aku tidak kesah jika mahu main main sekali sekali .
namun apabila sudah TERLEBIH DAN TERLALU ASYIK .
sampai menggantikan nama bapak aku menjadi satu nama YANG HINA .


kau gembira ke ?


mungkin kau akan cakap : poyo laa anep . ala biasa laa tu dengan member member . takkan tu mau touching kot alamak ??? pondan laa kau ni


cuba tengok siapa yang pondan 
cuba tengok siapa yang terasa


kau mampu tarik angkat pegang beban bangsat ini ?


salah satu senjata utama untuk membalas .
adalah dengan menghina bapak dia balik .
come on dan tolonglah . aku manusia normal .
aku mahu jadi a noble person .


*macam BODOH MAIN BALAS BALAS PERBUATAN NEGATIF*


nasib baik ratio manusia bangsat kepada sahabat aku sangat jauh .
1 : 100000000


itu maknanya mereka ini adalah virus hidup aku .
buang mereka  . yang tinggal adalah sahabat aku . sahabat yang disayangi .


ayah aku pernah pasang qoute dekat aku :
marah itu api . kelemahan api adalah air . maka berwudhuklah ketika marah .


aku akan cuba lakukan itu .
semoga kau yang mencipta kebangsatan tersebut .
aku doakan yang terbaik .


terima kaseh daun keladi . esok lusa jumpa lagi :)

No comments:

Post a Comment