haiwan tolong menolong . tiada konspirasi atau hasad dengki . |
aku masih benci bila masih ada yang menghina orang yang tidak sepatutnya dihina .
seperti contoh :
kau golongan adam dan kau ikhlas membantu manusia dari golongan hawa .
kau seorang perempuan dan kau ikhlas membantu mereka bergelar lelaki .
apa pandangan kotor yang cuba manusia lontarkan ?
kita menolong . mereka menuduh .
halah tu kes nak ngorat laa tu . aku paham sangat .
kenapa ni dengan budak2 zaman sekarang ni ? hisyh (style mak cik merungut)
haha tak malu punya jantan,tak gentleman langsung pompuan pula tolong dia
ehh itu anak pak imam tu kan , ala yang selalu kentut dalam lif tu ?
ehh dia tu laa yang selalu pakai tandas awam uh , pastu berak tak basuh .
itulah ragam manusia .
awak buat pahala , mereka membuka mulut mengata tidak tentu pasal .
awak buat dosa , lagilah mereka membuka mulut mengata tidak tentu pasal .
konspirasi apa ini ?
apa yang boleh kita buat ?
buat pahala tidak bisa .
buat dosa lagi laa jangan sesekali .
aku marah dan tersinggung kerana ini .
pagi semalam , ke pagi kelmarin ke petang mane entah aku dah lupe .
tidak perlu tahu tempat dan tarikh .
*ringkaskan cerita*
aku nampak seorang perempuan muda (puteh lawa gile laa) terjatuh .
ketika jogging . biasalah baru lepas hujan , jalan begitu lembap
secara tiba tiba ada mamat kacak datang membantu si wanita itu .
*dua dua hensem dan dua dua anggun*
*anak teruna dan anak dara*
aku duduk melihat kerenah mereka .
kaki si hawa itu berdarah . dan aku nampak si adam membawanya duduk di bench .
haha tertawa dan bangga ada rakyat Malaysia perihatin sebegini .
di sudut sudut yang lain , aku nampak ada manusia manusia .
mula membuat dosa kering .
mula membuat langkah dosa .
merenung tajam dengan setajam tajamnya ke arah "adam dan hawa itu"
dan aku yakin itu adalah renungan menghina dan tidak ikhlas .
mulalah diorang tu . berbisik berbisik . curi curi pandang .
bodoh ke manusia zaman sekarang ?
aku pikir itu adalah ketika manusia zaman mundur .
kosong dan kering dengan nilai nilai murni .
jikalau aku bikin pahala pon awak cakap salah .
jikalau aku bikin dosa memang takpayah sembang laa gerenti awak cakap .
anda mahu saya bikin apa ?
awak mahu saya berbaik baik dengan awak
awak mahu saya bermain main dengan awak ?
awak mahu saya bermanja manja dengan awak ?
baru awak bole tutup mulut dan baru awak bole puji saya ?
munafik dan terlalu hipokrit .
*okey post ini agak membosankan*
jangan baca jika mood anda sekarang ini tidak boleh terime "pengajaran" .
terima kaseh .