Friday, March 25, 2011
solat asar dan sos cili aminah .
assalamualaikum .
petang jumaat tidur sepanjang siang .
hanya tunggu masa petang , goyangkan kaki menghentam bola .
jam dinding 4.30 petang .
*ambil wuduk*
masuk bilik bentang sejadah , sambil bentang teringat merpati puteh .
mcm shit , benda dah lepas :( ignore it .
sambil tunggu azan asar , sambil itulah aku membelek jadual waktu baru .
sungguh bangsat dan tidak menyakinkan serta terlalu padat macam apa ja .
lepas ni tukar lagi jadual waktu . 2 bulan lepas itu tukar lagi , then tukar lagi .
buang kertas hasil duit titik peluh bapak aku je .
*termenung pandang cermin*
hye saya hanep . saya sangat comel dan gilaa jerawat dah rupe badut .
rambut sudah panjang . mak saya dah suruh potong masa cuti sekolah .
plan jahat saya nak potong rambut masa awal cuti sekolah .
so dalam seminggu itu rambut saya ada harapan lagi nak tumbuh panjang .
tapi mak saya suruh saya potong mase cuti nak habes sekolah .
saya benci rambut saya bila pendek kerana ia seperti na na na ewah ewah
bullshit . hiraukan kejadah ini .
jadi apa kesimpulan yang perlu aku simpulkan di sini ?
BILA NAK AZAN ASAR NI ? GRRRRRRRRR
"ALLAHUAKBAR .. ALLAHUAKBAR"
rumah jauh dari surau . apatah lagi surau .
tapi bila kita berbicara tentang nikmat , dan kekuasan Allah melalui AzanNya ,
perlu ke kita mencantas dan membantah persoalan ini ?
dari jauh dah boleh dengar azan :)
*angkat tangan untuk takbiratul ihram*
HANEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEPPPPPPPPP
astarfirullahalazim ! terbantut solat aku !
kuatnya mak aku jerit . tak jadi aku nak solat .
sebab aku pernah dengar satu kisah .
seorang pemuda sedang menunaikan solat . tiba tiba bonda tercintanya memanggilnya . namun atas dasar "iman yang kuat" , atau apa sahajalah , maka si pemuda ini berbuat bodoh dan tidak melayan kerenah panggilan ibunya . sejurus sahaja dia selesai , dia telah dituduh dan difitnah dalam satu kes zina . akhirnya beliau sedar itu adalah balasan kerana dia tidak menyahut panggilan bondanya dan akhirnya dia telah insaf dan blablablabla *cerita ini berlambak kat google so carilah sendiri*
boleh nampak tak ? betapa keramatnya panggilan ibu ?
aku insaf dan bertambah hensem serta matang .
hanep : ye mak nak nape ? orang tengah solat la .
mak : ohh sorry hanep hensem *okey hensem itu aku tambah*
hanep : yes ?
mak : lepas solat tolong mak pergi kedai beli sos cili aminah .
hanep : okey mak !
==========
*ALLAHUAKBAR .. takbiratul ihram*
bismillahiramanirrahim ... alhamdulillahirobilalamin ..
mulut berbicara surat al-fatihah .
hati aku ? erghh .
lepas solat pergi beli sos cili aminah .
sos cili aminah cap buatan malaysia
sebab jarang pulak jumpa nama aminah kat malaysia .
hebatlah makcik aminah ini boleh pulak buat produk sos cili .
Allahuakbar ! *rukuk*
mesti mak cik aminah ni wanita yang tabah kan ?
mesti kaya gilaa ada kilang sos femes tu kat malaysia .
cakap pasal sos mesti teringat aminah .
*selesai 2 rakaat*
sempat ke nak beli sos ni ? aku nak gerak terus pergi padang main bola .
sempat lagi kot . habiskan dulu solat ni .
alamak takot la pulak bawak sos ni satgi plastik pecah
suruh la penjual cina tu bagi plastik tebal
kalau penjual cina tu degil .. ?
kau tibai je elok elok .
kalau aku taknak tibai .........ASSALAMUALAIKUM WARRAMATULLAH ..... ASSALAMUALAIKUM WARRATULLAH
syaitan bangsat : tahniah hanif . kau berjaya mencuri dalam solat
hanif : ya aku bangsat dan erghhhhhhh .
HEBAT KAN ? AKU BERJAYA SOLAT ASAR SAMBIL MENGINGATI BETAPA HEBAT DAN MACHONYA SOS CILI AMINAH .
*sampai tak sedar dah bagi salam dah*
apa yang boleh aku katakan disini selain mencarut dan berna na na ewah ?
kalau kau rasa kau adalah seorang hamba kepada Tuannya .
fokus baik baik semasa engkau menghadap Tuhan kau .
hal dunia , hal akhirat . dua dua lain cerita .
kalau engkau campurkan gula dan garam dalam satu adunan kek ,
kau boleh agak kek itu rasa tak sedap kan ?
samalah dalam ibadat kita :)
demikianlah kisah aku , syaitan , solat , bola dan sos cili aminah .
moga moga kita dapat maksiat ini .
erghhhhhhhhhhhh
ini adalah kisah bullshit saya .
menjadi kisah dan tauladan .
bukan menjadi bahan ketawa dan manja .
terima kasih .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment