Friday, March 25, 2011
solat asar dan sos cili aminah .
assalamualaikum .
petang jumaat tidur sepanjang siang .
hanya tunggu masa petang , goyangkan kaki menghentam bola .
jam dinding 4.30 petang .
*ambil wuduk*
masuk bilik bentang sejadah , sambil bentang teringat merpati puteh .
mcm shit , benda dah lepas :( ignore it .
sambil tunggu azan asar , sambil itulah aku membelek jadual waktu baru .
sungguh bangsat dan tidak menyakinkan serta terlalu padat macam apa ja .
lepas ni tukar lagi jadual waktu . 2 bulan lepas itu tukar lagi , then tukar lagi .
buang kertas hasil duit titik peluh bapak aku je .
*termenung pandang cermin*
hye saya hanep . saya sangat comel dan gilaa jerawat dah rupe badut .
rambut sudah panjang . mak saya dah suruh potong masa cuti sekolah .
plan jahat saya nak potong rambut masa awal cuti sekolah .
so dalam seminggu itu rambut saya ada harapan lagi nak tumbuh panjang .
tapi mak saya suruh saya potong mase cuti nak habes sekolah .
saya benci rambut saya bila pendek kerana ia seperti na na na ewah ewah
bullshit . hiraukan kejadah ini .
jadi apa kesimpulan yang perlu aku simpulkan di sini ?
BILA NAK AZAN ASAR NI ? GRRRRRRRRR
"ALLAHUAKBAR .. ALLAHUAKBAR"
rumah jauh dari surau . apatah lagi surau .
tapi bila kita berbicara tentang nikmat , dan kekuasan Allah melalui AzanNya ,
perlu ke kita mencantas dan membantah persoalan ini ?
dari jauh dah boleh dengar azan :)
*angkat tangan untuk takbiratul ihram*
HANEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEPPPPPPPPP
astarfirullahalazim ! terbantut solat aku !
kuatnya mak aku jerit . tak jadi aku nak solat .
sebab aku pernah dengar satu kisah .
seorang pemuda sedang menunaikan solat . tiba tiba bonda tercintanya memanggilnya . namun atas dasar "iman yang kuat" , atau apa sahajalah , maka si pemuda ini berbuat bodoh dan tidak melayan kerenah panggilan ibunya . sejurus sahaja dia selesai , dia telah dituduh dan difitnah dalam satu kes zina . akhirnya beliau sedar itu adalah balasan kerana dia tidak menyahut panggilan bondanya dan akhirnya dia telah insaf dan blablablabla *cerita ini berlambak kat google so carilah sendiri*
boleh nampak tak ? betapa keramatnya panggilan ibu ?
aku insaf dan bertambah hensem serta matang .
hanep : ye mak nak nape ? orang tengah solat la .
mak : ohh sorry hanep hensem *okey hensem itu aku tambah*
hanep : yes ?
mak : lepas solat tolong mak pergi kedai beli sos cili aminah .
hanep : okey mak !
==========
*ALLAHUAKBAR .. takbiratul ihram*
bismillahiramanirrahim ... alhamdulillahirobilalamin ..
mulut berbicara surat al-fatihah .
hati aku ? erghh .
lepas solat pergi beli sos cili aminah .
sos cili aminah cap buatan malaysia
sebab jarang pulak jumpa nama aminah kat malaysia .
hebatlah makcik aminah ini boleh pulak buat produk sos cili .
Allahuakbar ! *rukuk*
mesti mak cik aminah ni wanita yang tabah kan ?
mesti kaya gilaa ada kilang sos femes tu kat malaysia .
cakap pasal sos mesti teringat aminah .
*selesai 2 rakaat*
sempat ke nak beli sos ni ? aku nak gerak terus pergi padang main bola .
sempat lagi kot . habiskan dulu solat ni .
alamak takot la pulak bawak sos ni satgi plastik pecah
suruh la penjual cina tu bagi plastik tebal
kalau penjual cina tu degil .. ?
kau tibai je elok elok .
kalau aku taknak tibai .........ASSALAMUALAIKUM WARRAMATULLAH ..... ASSALAMUALAIKUM WARRATULLAH
syaitan bangsat : tahniah hanif . kau berjaya mencuri dalam solat
hanif : ya aku bangsat dan erghhhhhhh .
HEBAT KAN ? AKU BERJAYA SOLAT ASAR SAMBIL MENGINGATI BETAPA HEBAT DAN MACHONYA SOS CILI AMINAH .
*sampai tak sedar dah bagi salam dah*
apa yang boleh aku katakan disini selain mencarut dan berna na na ewah ?
kalau kau rasa kau adalah seorang hamba kepada Tuannya .
fokus baik baik semasa engkau menghadap Tuhan kau .
hal dunia , hal akhirat . dua dua lain cerita .
kalau engkau campurkan gula dan garam dalam satu adunan kek ,
kau boleh agak kek itu rasa tak sedap kan ?
samalah dalam ibadat kita :)
demikianlah kisah aku , syaitan , solat , bola dan sos cili aminah .
moga moga kita dapat maksiat ini .
erghhhhhhhhhhhh
ini adalah kisah bullshit saya .
menjadi kisah dan tauladan .
bukan menjadi bahan ketawa dan manja .
terima kasih .
Friday, March 11, 2011
bencana alam .
kita tidak boleh menduga apa yang bakal berlaku seterusnya .
satu saat yang akan datang .
dua saat yang akan datang .
dua minit yang akan datang
dua jam yang akan datang .
dua hari yang akan datang .
seterusnya dan seterusnya .
turun dari basikal buruk , baru balik lepas sembahyang jumaat .
semua anak beranak keluarga aku berkelah di depan televisyen .
*tumpang lalu*
Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu
hari ini , bumi veteran kita dapat "high five" gempa bumi dan tsunami .
salah satu tubuh badan yang terkena adalah di bandar Jepun
Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu
Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter memeritkan bumi Jepun waktu tersebut .
GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN
apa yang terlintas dalam fikiran aku ?
mati . mati . mati . mati . mati .
baru tersentak memikirkan tentang mati ?
baru tersedak memikirkan tentang apa yang kita dah buat dalam dunia ini ?
keperitan dalam dunia realiti boleh membuatkan kita menjadi insaf .
tidak perlu tergopoh gapah untuk menjadikan diri anda lebih baik dari orang lain .
tidak perlu melatah sehingga kering air liur masing masing .
tenang . relaks . cool :)
cool ? boleh lagi cool ?
perlu ke kita nak insaf dalam keadaan tergopoh gapah ?
perlu ke kita nak insaf dalam keadaan yang ketakutan ?
insaf adalah subjek relatif .
insaf bergantung kepada keikhlasan dan kerelaan Allah :)
manusia . memanglah busuk dan sedikit bangsat .
nampak sahaja
kesakitan
azab
bencana
ujian
mukjizat
mula melatah . mulalah tidak duduk senang :)
itu manusia :D
macam mana dengan haiwan ?
*terdiam*
apa kata kita pandang ke sudut yang lebih baik .
sama samalah kita berdoa untuk mereka yang terlibat dalam bencana alam ini .
satu dunia mendoakan yang terbaik untuk mereka .
*terhenti post aku sampai di sini*
tak sanggup aku .
erghh .
Saturday, March 5, 2011
aku dah berubah .
akulah zombie penari kebudayaan HARHAR . |
manusia adalah hasil dari ovum dan sperm manusia .
manusia akan sering berubah .
dari gemuk hingga kurus .
dari gedempol hinggalah ke muka yang cengkung .
dari hensem hinggalah ke kurang hensem .
aku hanya mampu menilai perubahan orang .
sedangkan aku ?
kawan kawan aku banyak cakap
hanep , kau dah berubah .
ye ke ?
bila masa ?
persekitaran aku berubah .
kawan kawan aku pun banyak dah berubah .
i mean . err , i got new friends :D
ohh .
orang sekeliling aku selalu merungut tentang suara aku
awww garaunye suara hanep macam bruce lee
aww hanep suare u seksi macam david blaine
aww hanep i suke suare u ala ala tony jaa .
nape suara hanep tu macam katak je
erghh ni sape ni hanep ke bapak die ? awat sama je suara .
see ?
aku dah berubah :)
aku cuba untuk berubah . aku malas mahu duduk dalam balang kaca .
kalau dulu ada peribahasa :
BAGAI KATAK DIBAWAH TEMPURUNG
hari ini ada pepatah baru :
BAGAI KATAK DI DALAM BALANG KACA .
aku adalah katak .
dunia aku adalah balang kaca .
aku bisa melihat apa yang ada dalam dunia ini .
tapi aku hanya boleh melihat . melihat .
balang kaca ? mewakili internet rumah aku :)
aku boleh nampak macam macam :)
tapi aku tak pernah mencuba .
hari ini , saat ini . aku tanamkan dalam diri aku .
berani kerana benar , takut kerana salah .
mencuba perkara yang benar , anda selamat .
mencuba perkara yang salah , anda bangsat dan habislah :)
aku cuba untuk berubah demi masa depan .
kalau hari ini orang cakap aku ni gatal
kalau boleh suatu hari nanti aku nak orang cakap aku baik .
kalau hari ini orang cakap aku kelam kabut
suatu hari nanti aku harap orang boleh cakap aku ini baik .
kalau hari ini orang cakap aku ni bodoh sombong
suatu hari nanti aku harap orang boleh cakap aku ni baik .
kalau hari ini orang cakap aku ni sombong
suatu hari nanti aku harap orang boleh cakap aku ni baik .
kalau hari ini orang asyik mengutuk aku je sentiasa ,
suatu hari ini kalau aku dah mati , orang tak dah pikir aku dah .
senang aku dalam kubur nanti .
awak semua , jangan risau , aku dah berubah ?
aku masih ingat Tuhan , masih ingat kamu , kamu , kammm ... kaaaa .. kkk ..
urghh .
penat kan menulis blog ?
aku mahu tidur .
*SEBENARNYA APA YANG CUBA AKU TERANGKAN INI BAHAHHAHAHAHHAHA AKU SENDIRI PON TAK PAHAM APA YANG AKU TULIS*
kenapa hari ini post aku semua berunsurkan negatif ?
macam G6 macam macam G6 betol :)
terserah kepada otak fikiran masing masing .
ini hak saya untuk menulis
tapi anda semua ada hak untuk menilai hasil tulisan saya .
teruskan memberi tanggapan sendiri .
senyum sokmo :D
kawan kawan .
*terdiam*
*terus terdiam*
*backspace*
*backspace*
*backspace*
apa yang kau sebenarnya ?
kepuasan menurut hawa nafsu engkau ?
sanggup kau buat kawan kawan kau merana kerana kau ?
ohh . maaf . ayat diatas ayat carca marba . ayat ugutan .
aku , kau , saya , awak , mereka dan kita , pernah berkawan :)
tidak mengira siapa kawan kawan engkau .
dlm pertemuan , pasti ada perpisahan , dalam perpisahan , pasti ada air mata
dalam gelap , ada cahaya , dalam cahaya , pasti ada nur ,
dalam persahabatan , mesti ada kasih , dalam kasih ada kasih sayang .
tak perasan ?
mari aku tunjuk kau .
Ali sedih dan menangis bila dapat tahu kawan dia meninggal dunia .
apa yang ali cuba luahkan ?
air mata .
kasih sayang .
kegelapan dalam kesedihan .
cinta :)
kita sayang dengan kawan kawan kita
kau sayang ?
aku sayang .
kita cinta dengan kawan kawan kita
kau cinta ?
aku ? errr .
pernah tak kita jatuh cinta dengan kawan kita sendiri ?
====ORANG DEWASA CAKAP===
erghh . okay aku tahu ini agak pelik .
siapa aku baru pemuda 16 tahun berani berkata dengan cinta .
tolonglah .
cinta pemuda zaman sekarang dah tercemar .
penuh dengan maksiat . penuh dengan zygote . penuh dengan syaitan .
penuh dengan gelak ketawa keganasan jahat .
jangan pernah kau bilang tentang cinta , wahai budak budak !
masuk bilik dan cuba untuk belajar
==============================
bukan semua orang dewasa .
masih ada manusia yang punya pemikiran sebegitu .
ada yang punya pemikiran terbuka .
itu yang aku suka .
suka hati aku la nak cakap pasal cinta ke cintan ke mee cintan
ada aku urus tentang hal peribadi awak ?
jika tiada sila diam dan boleh pergi
pintu keluar ada di sebelah kiri tanda X tu :)
*berbalik pada topik asal*
saya suka awak . awak suka saya ?
TAK .
:(
*berlalu pergi*
SAYA TAKNAK INGAT PASAL AWAK LAGI .
GO AHEAD !
perlu ke kita rosakkan persahabatan hanya disebabkan cinta bangsat ?
should we break our friendship only just because unacceptable love ?
pikir dalam dalam . siapa diri kita .
kau masih teman aku dan kita masih sahabat
mari kita "berpeluk pelukan di facebook"
dan cuba luruskan jalan kebenaran .
see ?
cinta kadang kadang perit .
cinta kadang kadang macam pedang STARWARS .
kau jangan risau , aku dah tak larat nak main dengan cinta monyet .
aku cukup puas dan panas dengan cinta monyet .
sebab cinta monyet sangat monyet dan bangsat =_="
cinta itu adalah anugerah <-- aww teringat cerita indonesia :D
terserah kepada kita , awak , kau , kau dan cow !
untuk memastikan cinta adalah nikmat dari Allah , bukan dosa dari syaitan :)
jom berjabat tangan .
saya hanif jamal , asal ipoh , hensem tapi busuk :D
awak ?
na na na na na na ewah ewah ewah :D
UGRHH NAK TERBERAK LA PULOK
BANGKIT !
This is Hanif Jamaluddin . |
6 mac 2011 .
2 bulan aku bermain facebook .
2 bulan aku hanya menilai buku melalui kulitnya sahaja
2 bulan aku hanya mengangkut beg merah ke hulu ke hilir .
2 bulan aku buang masa aku dengan aktiviti yang membazir .
masa yang aku ada dalam dunia hari ini terlalu sikit bagi aku .
dalam hadis ada mengatakan tanda tanda akhir zaman itu adalah di mana masa dirasakan sebegitu singkat .
benar . sungguh singkat sehingga menampakkan auratnya .
singkat dan terlalu singkat sehingga aku tidak sedar
orang mula mempertikaikan tentang suara aku
aww suara hanep garaunya macam bruce lee.
aww suara hanep nape macam orang sakit tekak ?
hanep jangan nyanyi boleh suara kau macam lembu kene sembelih
ehh ni hanep ke bapak die yg call ni sumpah takot i
*TIBA TIBA TOPIK SUARA SUNGGUH TIDAK MEMATANGKAN*
oh . dah bulan tiga rupanya .
apa yang aku dapat ?
bahasa melayu : 67%
bahasa inggeris : 78%
bahasa biologi : 31%
bahasa fizik : 48%
bahasa kimia : 40%
bahasa add math : PERLU KE AKU TULIS BAHAHAHAA
bahasa sejarah : 73%
agama : *tak dapat lagi , teruk benar :D*
ini yang dipanggil calon saintis malaysia ?
ini yang dipanggil calon pakar bedah ?
ini yang dipanggil calon pakar bedah ?
ini yang dipanggil calon penjual sate ? *ade kaitan ke ?*
ini yang dipanggil calon doktor ?
kirim salam dari nusantara .
hanif jamal memang tidak suka situasi begini .
di mana semua orang memberikan awak satu bebanan bangsat .
siapa tukang kasi bebanan itu ?
Pak Cik Jamaluddin and his wife .
pada mulanya aku rasa itu satu bebanan bangsat .
perlu ke aku belajar pandai pandai ?
itu pemikiran kolot aku waktu dulu dulu .
hari ini aku berpikir ,
kalau aku tidak mula untuk belajar , bila lagi ?
takkan aku nak bagi anak bini aku makan nasi lemak dengan kek lapis
breakfast ? lunch ? dinner ?
aww jauh ketengah kau bermimpi hanep oi .
biasa lah . abang macho , memang :D
kadang kadang perkara negatif seperti ini membuatkan kita mudah goyang dan jatuh dengan mudahnya .
tapi kita tak sedar perkara negatif adalah tangga menuju negatif .
mengapa harus berdiam diri dan berdiri seperti tunggul ?
perlu ke kita duduk bersila sambil tersenyum melihat rekod keputusan exam kita yang teruk itu sambil berkata :
aku dah agak dah , aku tak boleh , kenapa kena paksa aku ?
kau boleh la hanif jamal !
cume kau ni malas je . basuh baju pun malas
aww , kantoi la .
conclusion bang ?
be brave , and try to be yourself :D
BANGKIT !
Subscribe to:
Posts (Atom)