Saturday, January 1, 2011

anak kecil







Semalam punya semalam tahun baru .
aku duduk di pintu belakang .
dalam tangan ada 4 biji gula gula hacks . 
hacks kertas merah . biji hitam . pedas punya .
sambil jadi penonton anak anak jiran aku main bunga api .
dah macam hari raya pulak . mercun sana mercun sini .
tapi sang bapaknya pulak main mercun lebih lebih .


hang bapak ke hang mak ke , ingat aku kesah ?
hihi . lantak laa hangpa semua .


malam itu . mata aku asyik ikut dua beradik ini .
sama cantik sama lawa sama comel .
kakak dan adik . kakaknya mungkin 4 tahun , adiknya baru 2 tahun jagung .
entah mana mama papanya . ke kedai atau dalam rumah agaknya .


si kakak seronok melihat si adik berlari lari mendapatkan "mercun"
aku juga tumpang sekaki , walau mata hanya melihat tar jalan je pun .


tup . aku dengar bunyi benda tersungkur .


uwekkkkkk uwekkkkkk uwekkkkkkkk


*erghh sumpah aku tak pandai nak buat bunyi budak menangis dalam perkataan , jadi paham paham sendiri laa weh bahahahaha*


si adik terjatuh si kakak mulai cemas .
aku pon terasa "bajet" cemas . mula mendekati diam diam .
baiknya hanif jamal . meh tolong anak kecil ni .


*angkat si adik*


aku lihat si adik itu menangis . mata si kakak dah nak merah .
maklumnya "sayang sgt" . erghhhh . 
aku capai dua biji gula gula hacks dari poket .
hulur ke mereka .


*terus diam woooooo*


hebat hanep . tahun ni apply g mana mana tadika terdekat


*TAPI MACAM BODOH BAGI BUDAK BUDAK GULA GULA HACKS DAH LA PEDAS MAMPU KE MEREKA NAK MAKAN HANEP HANEP BENDOI GILE*


hahaha . peduli apa aku . si adik tertawa . si kakak gembira .
mereka terus bermain .


apa yang aku sedang fikirkan ?
dewasa dan kanak kanak .


seronok kan menjadi kanak kanak ?
awak menangis . kemudian awak bergelak ketawa 
tanpa sebarang masalah , tenang bergelak ketawa
dosa pun tak main kejar kejar dengan awak .


gembira sahaja . patutla kalau budak budak mati awal ,
memang syurga jadi tempat mereka .


*diam sambil senyum tangan meraba papan kekunci*


menjadi manusia yg sudah capai akil baligh sungguh memenatkan .
bukan bermaksud aku tidak bersyukur , tapi bayangkan 
sejuta kali bezanya dengan hidup kanak kanak .


kau menangis kerana ada masalah , tetapi tak mungkin kau akan bergelak ketawa dgn ikhlas .
kerana belum tentu masalah kau itu boleh selesai .
lihat kanak kanak .
ada masalah ke , takda masalah ke , masih mampu tersenyum :)
sebab senyum mereka ikhlas .


yang dewasa ? adehh . munafik dowh munafik semuanya !
hahahahahahahahahhaha .


si adik itu memang mengajar aku .
si adik menangis kerana tersungkur sebab terjatuh .


aku "menangis" bersedih sebab tersungkur dalam sumur masalah .


si adik bangun dan kembali riang setelah dapat gula gula
aku bangun dan gembira apabila dapat hidayah dan petunjuk dari Tuhan 
masalah selesai hati senang .


aku teringat qoute dari negara mat saleh ini :


everyone want happiness , no one want pain, but you can't make a rainbow without little rain :)


aku tekankan disini : rainbow dan little rain .


ohh terima kaseh budak ! 
awak mengajar saya apa itu pelangi dan apa itu hujan gerimis .


kadang kadang mungkin engkau dan aku terlepas pandang .
semua kejadian di dunia , pasti ada hikmahnya .


carilah :) 






NA NA NA NA NA NA EWAH EWAH EWAH

2 comments: