Thursday, November 4, 2010

*putus asa sebab makhluk bertudung itu*

buat pertama kali aku rasa putus asa .
putus asa yang sangat sangat memberatkan .
dan bagaikan memutuskan kesemua urat-urat saraf aku .


pertama kali aku merasakan hidup aku bagaikan .. bagaikan ..
sebuah bilik kosong yang kecil yang tidak berpintu .
sebuah bilik kosong yang tidak bertingkap .
sebuah bilik kosong yang tidak bercat hahahaha .


semuanya atas dasar apa ?
yaa anda benar . kerana seorang wanita .
kerana seorang perempuan . kerana seorang kaum hawa ini .
kerana seorang makhluk bertudung ini . . . . 


okey . arghhh . aura putus asa kini datang memeluk aku .
dan perlahan lahan dia membisik ke telinga kamu dan berkata :


heyy .. kenapa anda masih tidak sedar lagi ? dia sebenarnya tidak pernah sukakan anda .. dan pernah mahukan anda .. dan takkan pernah mahukan anda . jangan mudah menjadi perasan . beli pasar malam cubalah beli cermin dan suluh baik baik muka kau itu . layakkah ?


ceh ! aku tau putus asa itu datang dari syaitan laknatullah .
syaitan yang selama ini terlompat lompat menjerit jerit macam SETAN 
melihat aku melayan "kerenah" putus asa ini .


aku cuba hilangkan rasa putus asa dengan cara melakukan aktiviti amende ntah . 


aku main komputer lama lama .
aku kacau adik aku . 
aku pegi tolong bapak aku jolok mangga .
lepas tu aku main congkak dengan mak aku .
aku sempat juga main takraw petang tu ( best kot jyeahhh )


tapi memang sememangnya SHIT GILER .
tak boleh hilang . babi tahap anjing bulldog benar !!!


aku pandang kanan . aku pandang kiri .
aku lihat depan . aku lihat belakang .
ohh aku terlupa tentang semua ini . 




Kenapalah aku tak mintak ketenangan dari Allah yang Maha Esa ?
Yang Maha segala lagi Segala Maha ?
bodoh sungguh makhluk hensem ini :) 


yess ! aku yakin dengan cara di atas . dan sangat menyakinkan .
dan aku yakin yang aku boleh lupekan dia . dan aku yakin sangat !
dan aku memang boleh terima kenyataan yang . . . . .
dia bukan untuk aku dan aku bukan untuk dia .


dan itulah .. okeyy .. aku jujur .


aku seorang hipokrit . aku tipu . 
aku .. aku .. aku .. aku ..


*masih mahukan dia*




come on hanep ! tolong laa brader . 
jangan malukan kaum hawa ehh adam !!
sebab ini kau nak jadi lemah ? please laa wake up !
benar ! aku tahu ! aku tak boleh lemah ! aku takkan menjadi lemah !


aku akan cuba buka mata . aku akan mencuba mengangkat kepala . 
aku akan cuba bangkit semula . perlahan lahan akan aku cuba menuju ke hadapan . 


dan aku harus berhenti . berhenti di hadapan peti sejuk . 
dan aku akan TERUS curi curi minum air milo sejuk yang baru je tadi ecah buat hahahaha sedap gilaaa !!


 ya awak semua benar sekali lagi . aku berbohong dan aku gelak tidak ikhlas . sebab aku sedang bersedih :(




*jangan mengada-ngada hanep oii. awak itu kecik lagi . 
tolonglah . annoying . jangan mengatai !!



2 comments:

  1. anep2...
    sabar la ye..
    menghadapi kekecewaan bukan mudah, ang akan dibayangi nye buat suatu tempoh sehingga la tempat kosong itu diganti, namun buat sementara isi lah tempat kosong itu dengan cita berguna, cinta yg abadi , cinta kepada ILAHI.

    ReplyDelete
  2. thanks amir .

    satu satunye jalan untuk aku melupekan si die adalah bukak peti ais .

    dan cilok air adek aku :) sedapp <3

    ReplyDelete