Friday, January 14, 2011

solat jumaat dan pakcik tua .





hari ini hari sabtu .
semalam hari jumaat .
gila benar aku balik lambat pukol satu .
cepat cepat letak beg merah dalam bilik , tarik tali leher pelan pelan .
bukak butang baju sekolah campak dalam bakul biru .


*in toilet right now*


cepat cepat capai baju melayu . sarung dalam kelam kabut .
maklum la anak jantan . mesti pergi solat jumaat .
semua dah selesai , ambil basikal oren terus menuju ke masjid .


hati senang perut lapar . kata orang kalau lapar solat tak khusyuk .
aku masuk ruangan masjid . nampak pisang emas . 


ewah ewah ewah . rezeki pukol 1 petang .
ngap sekali . ngap dua kali . ngap tiga kali .
ngap empat ngam lima ngap enam .


*cukup . ini sudah lebih*


baru nak melangkah ke karpet masjid , aku nampak seorang pak cik tua
berkopiah puteh berbaju kemeja hijau sedang elok berdzikir bertasbih .
ohhh pak cik jamal rupanya . awal benar sampai .
maklumlah naik pakai motor enjin . aku motor kaki aku jela .


*terus naik ke atas*


terlihat pak cik tua sedang pegang bakul rotan bunga bunga
mungkin selalu menjadi "trend" orang orang masjid ,
bakul derma itu akan diisikan dengan bermacam macam jenis warna duit .
hijau biru merah . coklat pon ada . pemurahnya rakyat Malaysia :D


*pemurah ke saja nak show off ?*


khutbah bermula . pakcik tua itu duduk atas kerusi . ohh patutlah .
dia sembahyang duduk rupa rupanya . kasihan melihat pakcik itu .
tua tua masih rajin ke masjid .


*memang la hanif jamal name pon solat jumaat WAJIB LA NGOK*


khutbah semakin habis . si bilal sibok iqamat . 
jemaah bangun dari duduk .




ALLAHUAKBAR . 




aku berdiri sebelah pakcik itu . pakcik itu duduk atas kerusi .
satu kedengaran suara kurang jelas .
sebutan "Allahuakbar" tidak jelas .
agak lain macam .


patutlah . pakcik itu rupa rupanya tidak mampu nak sebut dengan betul .
aku di sebelah nak memang nak nangis melihat keadaan pak cik itu .
teringin hasrat dihati nak mencium tangan pakcik itu .
siapalah aku tiba tiba je satgi kene hempok buat masalah je .


agaknya faktor orang tua kot . kasihan betol .
manusia ohh manusia .


aku beruntung sebab jadi manusia yang "sempurna" .
sempurna dari zahir . batin ? wallahualam . Tuhan aja yang tau .
lepas aku melihat pak cik itu aku sedar 


kesempurnaaan adalah "melalaikan" .
heh ?




bile awak rasa awak sempurna ,
awak akan mudah lupa diri .


bila awa rasa awak hebat ,
awak akan rasa sombong .


bila Tuhan tarik balik apa yang awak ada .
tahu pun mahu melatah


YA ALLAH MENGAPA UJIAN SEBEGINI HARUS MUNCUL DALAM HIDUP AKU ??
YA ALLAH MENGAPA ENGKAU MENGUJI AKU DENGAN DUGAAN INI ?


mari bercermin . lihat diri sendiri .
waktu diri kita sempurna , pernahkah kita memandang Tuhan ?
kenapa waktu kita "cacat" , baru terhegeh hegeh nak minta dari Tuhan ?
tak malu ke mintak gaji dari bos kalo kerja pun lu tarak bikin ?




ahh manusia . terlalu munafik .
aku membicarakan tentang manusia .
tentang awak , mereka , kamu semua .




DAN AKU . 


aku manusia munafik .
di kala sempurna aku megah diri .
di kala sempurna  aku rasa wow aku terlalu tinggi jika dibandingkan dengan awak semua .


bila aku berada dibawah ,
baru aku cepat melatah .


ya . munafik betol kan ?


*pakcik solat jumaat , semoga ibadat anda diterima Allah*


amin amin amin :D

3 comments: